Saturday, December 21, 2013

2014. :') #tbt #form1

No comments:
Assalamualaikum. and Hey! :')

p/s: huhuhu... tulis siap-siap, sebab takut nanti terlupa pula. :') 

Ya Allah, boleh kira berapa hari saja lagi nak masuk tahun 2014.
Pejam celik pejam celik. Heyyy,.. gua dah jadi senior dah kat sekolah gua! hahaha.
macam tak percaya pun ada. serius baq hang!
rasa macam semalam ja masuk sekolah menengah, dengan pakai baju sekolahnya
yang pastinya ada seorang kawan aku ni cakap:

"wey, awat hang pakai baju,lengan tak bercekak?"
and
"ni baju sekolah dengan kain sekolah, apasal kain licin?"
and
"kasut sekolah hang apasal ada line-line hitam ni? hang tak takut ke kena denda nanti?"

Pftttt... Masa tu memang rasa gerun+berani. kira macam 50+50. macam tu.
Nak tau sebab apa? 
1. aku ni budak yang cepat terpengaruh. yalah, kau cuba bayangkan bila kau tengok kakak-kakak
yang atas dari kau pakai baju macam kau *dan ada yg teruk lagi dri kau*. 
kau rasa nak takut ke?
and 2. aku pun malas nak fikir. bila balik cerita dekat mak aku, mak aku cakap yang cikgu sebelah 
rumah, yang mengajar dekat sekolah aku cakap okay je. dalam buku peraturan takda pun. 
*yg baju kena lengan bercekak tu ada*.
lagi pun aku rasa membazir pulak nak membeli yang baru semata-mata nak ikut apa cakap makcik tu.

lagi satu benda yang aku takboleh lupa masa hari pertama masuk sekolah menengah.
hahahah.. bila aku dengan semua budak tingkatan satu kena beratur dekat perhimpunan.
dan kau bayangkanlah, hari pertama je dah kena sound. ye kena sound. tapi tentulah 
bukan aku dengan kawan-kawan tingkatan 1 yang lain.
percayalah. kalau korang ada dekat situ, cofirm korang pun tak sanggup nak dengar kot.
and the third is bila pertama kali kena nyanyi lagu sekolah.
habis je kena sound terus budak-budak sekolah kena nyanyi lagu.
aku dengan budak-budak tingkatan 1 lain?
kitaorang nganga je seluas mungkin sambil dalam hati cakap
"what the heck was that?!"
hahaha.. yelah serius tak faham sepatah pun apa yang diorang nyanyikan.
macam bunyi lalat ja. hahahah . LOL


to be continue.. :D

Wednesday, October 30, 2013

What's Qarin?

No comments:
Cehh... omputih gituuuw tajuknya.. ^_^

Assalamualaikum. Dah lama tau wanie tak update kat blog ni. kihkihkih.. Sorry sangat-sangat, macam wani dah cakap entry lepas yang wani sibuk sikit tahun ni dengan tahun depan. Maklumlah dah nak SPM. Tapi twitter itew tak cibuk. Hahhahahaha XD . Paaaaannngggg kena penampor T_T >https://twitter.com/wanieyzuki1


  Huhh.. korang tahu apa itu Qarin? Tak tahu? Sama la itewww, tapi itewww dah tau dah sekarang.. kahkahkah.. Pannnggggg!!!  sedas tembakan . @_@

Mengikut apa yang wani baca dari wiki dan blog-blog lain,

Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk menunjuk kepada malaikat dan jin (golongan setan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Qur'an dan dikatakan bahwa Qarin itu mengikuti manusia sejak lahir hingga mengalami ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."
Malah Rasulullah S.A.W. sendiri pun mempunyai Qarin. Cuma bezanya Allah S.W.T. telah membantu Baginda dalam mengislamkan Qarin tersebut. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu, tiba-tiba baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah. Sabda baginda apakah engkau telah dikuasai oleh syaitran? Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.

Di dalam hadis yang lain daripada Ibnu Umar r.a, mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, Allah menolong aku sehuingga dia Islam, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan".
Kesimpulannya, Qarin in ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para Nabi atau Rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Al Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan "اسلم" dalam dua pengertian :
Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan dan fitnah.
Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada vAbi Hurairah r.a :
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya dui dalam perjalanan" .


Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatan kepada Allah seperti membaca Al Quran, membaca Bismillah ketika makan, berpakaian dan sebagainya.

Ibnu Muflih Al Muqaddsi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apbila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersamanya dan begitu juga minum.

Info tambahan: Cara untuk melemahkan Jin Qarin ni, Baca Dua Kalimah Syahadah 33 kali dan Istihgfar 33kali dan hembus ke bahu kiri.

Waallahualam sumber> http://darussalam.net.my


Monday, October 14, 2013

Lama.

1 comment:

Salam alaik!!

aku tak boleh tidur sebab tu aku tulis. Kihkihkih..
Nampak tak blog aku yg hitam legam ni? Very beautiful-kan Nyah?! XD
Sambil layan lagu Nomad-Tetap Menantimu eloklah aku ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kat seluruh muslimim dan muslimat. Tak lupa pada pembaca blog merapu tak tentu hala aku... *Shreeeeeettttttt hingus dengan paper sebab terharu :'P* I'olll ucap terima kasih. Sebab sudi baca,*walau kekadang tak pernah update entry baru*. Thanks sangat. Serius cakap. Tahun ni dan tahun depan aku memang akan jarang teramat jarang akan update. Tapi selalu aku updatekan benda2 SPM dekat twitter guna hp mak guwa. Sapa-sapa sudi nak notes SPM bolehla follow atau gi baca kat twitter sayaa.. ^___^ @WanieyZuki1

 Sekian. tak larat nak tulis banyak.. tatatata... selamat pagi.. :D

Friday, August 2, 2013

Hahhh!! Kahwin dengan orang tua tu???!!!!

No comments:

“Oh adindaku Husna yang cantik rupawan. Sudikah kau menerima cintaku?” seorang lelaki tua menghulurkan sekumtum bunga mawar merah. Gadis yang muda yang berkurung biru tersenyum girang seraya menerima bunga itu. “Tentulah saya sudi Abang Akop” gadis itu memintal-mintal hujung rambutnya. Lelaki tua itu apalagi, tentulah gembira saat mendengar kata-kata itu. Lantas menlompat-lompat keriangan menyebut “Yes!! Akhirnya aku akan kahwin jugak!!”. Dia berlari-lari dihadapan gadis yang tersipu malu itu. Tetapi malang tidak berbau. “Aduiiiiii!!!!!”. Lelaki itu menjerit kesakitan sambil memegang tulang belakangnya. Gadis yang berkurung biru itu tergaman. Dia meluru berlari kearah lelaki tua itu.

“Kenapa bang?” lembut saja suaranya menyapa telinga lelaki tua itu. Lelaki tua tersengih menampak giginya yang hanya tinggal beberapa batang saja. Sampaikan kalau sesiapa yang menlihatnya pasti pengsan dibuatnya.

“Hehehehe.. Tulang abang terseliuh tadi”. Lelaki itu memegang bahu gadis itu.

“Sayangku Husna, kalau abang nak kiss boleh?”. Gadis tersipu malu lantas segera menganguk. Lelaki tua setengah abad itu menyuakan bibirnya kearah pipi gadis itu. “Ohhh mak kau, jatuh!!!” terguling Husna kelantai dek jatuh dari katilnya.

“Aduhhh.. sakitnya badan aku ni!” Husna mengurut-ngurut tanganya. Seketika kemudia dia teringatkan sesuatu. “Huhh.. mana orang tua gayut tu? Mana dia?” dia mencari-cari diseluruh biliknya seperti ibu kucing yang kehilangan anaknya. Habis semua bantal-bantal dan selimut dilemparkannya kedinding.

“Huhh.. takda? Fuhhh... selamat. Kalau tak, mati-mati kahwin muda dengan orang tua tu. Huhhh” Husna mengurut dadanya yang kelihatan agak sesak. Takdapat dia bayangkan seandainya mimpi yang dialaminya tadi menjadi kenyataan. Dia menghempaskan badannya keatas katil. Lupa dia tadi akan kesakitan seluruh badan dek terjatuh dari katil sebentar tadi. Dia merenung kearah syiling yang bercat putih kemasan itu. Dia masih memikirkan akan mimpinya sebentar tadi.

“Huhhh.. takdapat aku bayangkan kalau aku kahwin dengan orang tua tu. Pasti hidup aku akan musnah! Arghhhhhhh!!!” dia menjerit ketakutan sambil berguling-guling diatas katil seperti orang dirasuk. Puan Sabariah yang mendengar jeritan anak daranya itu. Segera meluru masuk kedalam bilik anaknya itu.

“Husna! Husna! Husna! Bangun!! Kenapa ni Husna?” dia menempuk-nempuk belakang anaknya. Husna terkejut. Dia serta merta berhenti dari menjerit. Dia merenung Puan Sabariah yang berada disisinya. “Mak.. adik tak kahwin dengan orang tua tukan?” Husna mengocang bahu ibunya itu. “Kahwin dengan orang tua apa bendanya? Ni dah pukul 7 pagi dah! Adik taknak pergi sekolah ke?”. “Yelah mak, adik lupa!” Husna terus menlompat kebawah katil. Dia terus berlari sambil tangan kananya sempat mencapai tuala mandi yang sedia tersangkut di kerusi. Puan Sabariah mengeleng kepala menlihat kerenah anak bongsunya itu. “Humm.. adik. Adik”.

Friday, July 12, 2013

Review: The Conjuring

1 comment:
Assalamualaikum lovelies!! ^_^


Hohohoh.. sengaja kasi gambar atas ni besar sebab jelas sikit. Kihkihkih.. By theway, Salam Ramadhan to all the Muslim outside yang berpuasa and this post I'm gonna do a review film by James Wan. The tittle is "The Conjuring". Sebelum apa-apa wani nak share sikit dekat korang yang filem ni berdasarkan kisah sebenar dari sepasang suami-isteri Warren yang bekerja sebagai paranormal. Dan filem adalah adaptasi daripada salah satu kes yang diorang telah kendalikan. Dan kalau korang pernag tengok cerita seram SAW atau INDICIOUS mesti korang tahukan kualiti cerita-cerita tersebut, sebab filem THE CONJURING adalah penerbit dari kedua-dua filem seram tadilah.


Synopsis:

  "Penyiasat paranormal Ed and Lorraine Warren bekerja membantu sebuah keluarga yang diganggu makhluk halus yang menghuni rumah mereka. Terpaksa berhadapan dengan sebuah entiti berkuasa, Warrens mendapati diri mereka terperangkap dalam kes yang paling menakutkan dalam hidup mereka".


Cast:
Vera Farmiga as Lorraine Warren
Patrick Wilson as Ed Warren
Lili Taylor as Carolyn Perron
Ron Livingston as Roger Perron
Mackenzie Foy as Cynthia Perron
Shannon Kook as Drew Thomas
Joey King as Christine Perron
Hayley McFarland as Nancy Perron
Shanley Caswell as Andrea Perron
Kyla Deaver as April Perron
John Brotherton as Brad Hamilton
Marion Guyot as Georgiana Moran
Steve Coulter as Father Jordan
Joseph Bishara as Bathsheba

So here the trailer for this movie:

(yang ni yang real trailer)

(yang pula, yang lebih details trailer) PART:1

PART: 2

PART: 3

Pictures:




P/s: next review adalah kesinambungan CHUCKY!! tayangan Malaysia untuk cerita ni nanti wani akan inform melalui blog, okay? :')  Twitter: https://twitter.com/wanieyzuki1

Wednesday, June 26, 2013

Singkap rancangan di bulan Ramadhan: Ramadhan Yang Hilang

No comments:
Sinopsis:

Mengisahkan konflik dua beradik Zafirah (Eira) dan Delisha (Syatilla). Delisha merupakan anak angkat kepada keluarga Zafirah. Konflik berlaku apabila Delisha mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka hingga menyebabkan zafirah terasa disisih.
Delisha yang pernah didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya.Oleh itu Delisha sentiasa murung dan sering ponteng kelas.Berbeza dengan Zafirah yang periang,bijak dan bahagia dengan kasih sayang ibu bapanya Saadiah dan Zubir.

Kehidupan Zafirah berubah bila Delisha hadir dalam hidupnya. Delisha berlagak sombong dan sukar untuk Zafirah bertolak ansur.Namun,jika berlaku perselisihan faham,Zafirah sering dimarahi.Lama-kelamaan Zafirah jadi cemburu dengan Delisha kerana dilayan seperti anak emas oleh ibubapanya termasuk neneknya Maryam.

Apabila dewasa,Zafirah yang juga anak sulung terpaksa melupakan cita-citanya sebagai penulis novel.Dia terpaksa menguruskan syarikat ayahnya yang sedang mengalami masalah kewangan. Jurang antara mereka semakin besar apabila Delisha semakin rapat dengan Rafiq.Zafirah pernah menolak cinta Rafiq ketika di universiti kerana sibuk menguruskan syarikat ayahnya.

Zafirah jadi cemburu apabila cinta Rafiq beralih arah pada Delisha,tapi dia akur.Zafirah kemudiannya bertunang dengan Fitri.Kesibukan kerja membuatkan Zafirah tidak dapat meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula ditugaskan di luar Kuala Lumpur bersama Delisha. Lama-kelamaan,Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka bercinta.

Fitri kemudian memutuskan pertunangannya dengan Zafirah.Zafirah redha namun dia tekad untuk berbaik-baik lagi Delisha.Zafirah bertambah marah,bila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat pertama kali,Zafirah bergaduh besar dengan Delisha hingga menyebabkan Delisha membawa diri ke luar negara.

Apabila tiba 1 Ramadhan ia detik yang sukar buat Zafirah,Zubir dan Saadiah.Bagi mereka,ia ibarat Ramdhan yang hilang. Selepas tiga tahun,kepulangan Delisha dengan seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan mereka. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apa yang berlaku seterusnya?


Jumlah Episod : 18 Episod
Mula tayangan : 26 Jun 2013
Waktu tayangan : Isnin-Rabu 10 malam
TONTON RYH di : SINI!

sumber:malaymovie.com

Sunday, June 2, 2013

Izzue Islam Sah Bergelar Suami Kepada Awin Nurin!

No comments:

  Assalamualaikum.. Hanya sekali lafaz, Izzue Islam, 23 telah sah menjadi suami kepada pasangannya iaitu Awin Nurin. Majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Shah Alam pada jam 9;45 pagi tadi diijabkabulkan sendiri oleh bapa Awin iaitu Waharudin Jonit, 58 dengan mas kawin 11 dinar dan wang hantaran sebanyak RM 11,111,11.


Menurut Izzue, perkenalannye dengan Awin adalah pada ketika dia bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue selepas dia menceburi bidang lakonan pada tahun 2009.Majlis resepsi pasangan ini akan di’adakan pada tengahari ini bertempat di Dewan Shah Alam juga & mengambil konsep indoor garden sebagai tema.


NOTA KAKI: Ohohoohh.. taniah-taniah! Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Amin.. credit story and photos to> ROTIKAYA

Sunday, May 26, 2013

Review: Love in Disguise(Movie)

No comments:
Assalamualaikum..

  "Ni bu zi dao wao wei shen me li kai ni, Wo jian chi bu neng shou feng ren ni ku qi"  Ni bu zi dao de shi by Leehom Wang. Lirik lagu tu asyik dok legar-legar dalam otak wani sejak dua menjak tiga menjak ni. Haishhh.. tak tau kenapa lepas tengok satu cerita Taiwan *lupa tajuk apa(please forgive me T_T)* jadi macam ketagih nak tengok cerita Taiwan. Bukan sebab pelakon lelaki kacak yang menjadi hero dalam drama tu menjadikan drama tu seronok untuk ditonton tapi diorang punya pertuturan dalam bahasa cina tu menjadikan something special for me.. ekekekek :P

  Dan salah satu movie Taiwan yang menjadi pilihan pada kali ini ialah "LOVE in DISGUISE"!! Hoyeahhh.. movie ni giler best *for wani-la :P* !! Dia punya starting sampai ending dia lain dari yang lain. Kalau korang tak caya, moh kita review sikit movie ni.. :)


Sinopsis:

  LOVE in DISGUISE mengisahkan Du Minghan yang merupakan seorang bintang terkenal yang secara tidak sengaja telah bertemu dengan Song Xiaoqing, seorang yang pakar bermain dengan alat muzik cina, Guzheng. Selepas kejadian itu, Du Minghan telah bertekad untuk belajar di sebuah kolej yang mana merupakan tempat Song Xiaoqing belajar. Dengan bantuan seorang pereka fesyen,Du Minghan dan sahabatnya telah menyamar untuk menjejaki Song Xiaoqing. Song Xiaoqing yang pada mulanya menyukai Mu Fan, senior mereka telah menulis surat kepada Mu Fan. Namun atas sebab tertentu Song Xiaoqing tidak menyerahkan surat tersebut kepada Mu Fan. 

Pelakon2 LID:


LeeHom Wang as Du Minghan


Liu Yifei as Song Xiaoqing


Qioa Zhengyu as Mu Fan



  ok sekarang tibalah soundtrack movie ni pulak.. hehhehe :)


Yang ni memang favorite lah. Haritu leehom datang Malaysia nyanyi lagu ni dengan NajwaLatif. Start dari tu terus fall in love with leehom punya muzik... nak tengok video Najwa feat leehom dan solo dari Najwa? Sila scroll bawah ye.. :D


PESANAN PENAJA: selamat menonton. rank untuk movie ni wani bagi 3/5 bintang dari semua aspek. lagu dia bestkan? :')

Sunday, April 28, 2013

Repost! #SoUndercover #Review #WatchOnline

No comments:

  Assalamualaikum and Hey guys!!
Sudahkah korang menonton SoUndercover lakonan MileyCyrus dan ramai lagi??
Belum??? Kalau belum, moh usha link-link kat bawah ni.. Bagi yang nak tengok trailer pun ada dibawah ni!! :)

Review SoUndercover: http://belogayamgoreng.blogspot.com/2012/12/review-so-undercover.html

Tonton/Download SoUndercover: http://belogayamgoreng.blogspot.com/2013/03/finally-tonton-so-undercover-full-movie.html

Selamat menonton semua!! 




Thursday, April 18, 2013

Makanan yang berkaitan dengan Khinzir..

3 comments:
Assalamualaikum... :D

Sejak dua menjak tiga menjak ni.. wani suka baca novel yang berkaitan islamik tapi still sempoi cara penulis ingin mensampaikan mesej.. Macam, 'Amir Minah Macho' karya Ummu Wafa. Mula-mula beli, ingatkan novel tu gila-gila tahap gaban, tapi bila diteliti isinya banyak terdapat unsur-unsur islamik didalamnya. Alhamdullilah.. takdalah part-part yang tak berkenan tu.. Kihkihkih... :P.. Dan dalam novel tu ada cakap sikit mengenai makanan halal. Jadi wani nak share sikit mengenai nama-nama saintifik untuk khinzir didalam makanan..



1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi.
sekian.. wahhualam..

Tuesday, April 16, 2013

Alex G Music and the Bhaahhahahahahah! XD

2 comments:
creadit to Facebook AlexG

  Assalamualaikum semua!! :D tahukah korang bahawa cik Wanie ni suka kan menyanyi? Owhhh.. nampak sangat macam bakal saintis yang sangat perasan.. Bhhaahhaha... XD.. Yes, wani memang suka menyanyi especially  lagu omputih ni, sebab banyak perkataan- perkataan baru dan slang-slang wani jumpa dalam menyanyi ni.. Tapi takda la taksub sangat sampai nak jadi Demi Lovato ka.. Alex Turner dari Arctics Monkeys ka... or banyak lagi.. Motif sekadar nak melalak tepi telinga cik Murni.. hahhahaha jangan marah kawan... :P so one of the my favorites youtube singer ialah Alex G.. Yeah clap hand clap hand beramai-ramai kalau korang pun suka Alex G.. :D


  First time wani tengok video lagu I Knew You Were Trouble cover by Alex G, wani terus kaku.. Korang tahu bila korang tengok cover-cover dari  Alex G otak korang automatik akan terus mentafsir yang  Alex G ni bukan je boleh nyanyi tapi boleh berlakon dan most the video bila dia berkebolari dengan Eppic tu.. jadi kelakar tengok video diorang.. Dengan mimik muka Alex G dan dengan muka Eppic yang tak sudah-sudah tak sukakan Alex G dalam video  I Knew You Were Trouble tu menjadikan bertambah kelakar..:D wakakaka...

 So kat bawah antara video cover dari Alex G yang berkebolari dengan Eppic..

I KNEW YOU WERE TROUBLE

COME AND GET IT.. yang paling lawak.. kehkeh.. 
BIO ALEX G!!
Alex G just started singing in front of people a little over a year ago. Growing up in Colorado, she always knew her passion was singing but just needed the confidence to show herself to the world. She started on YouTube, and soon after entering a contest by Tyler Ward, a popular YouTube musician, she found out that she lived only two minutes away from him in the same neighborhood! She has been so blessed with what has happened for her over the past six months. She's already starting her first US/Canada tour with the Tyler Ward band in September/October. Thanks for stopping by!

Monday, April 15, 2013

Aku rindu masa itu...

2 comments:


  Hello!! Hola! Assalamualaikum!! Bonjour!! Anyeong! Ohayo!! Hai!! hahahah.. too long not updated right? hehehe.. so apa mimpi pulak la kau cik wani, updated pagi-pagi buta ni.. yess.. tengok lagu kat ats ni lagu ADAM-Jatuh.. serius bila aku nyanyi lagu ni aku teringat kenangan aku masa form1-2 macam.. time tu memang aku gila habis dengan novel.. dan yes aku dapat lagu ni dari novel favorite aku CINTA TIGA SUKU!!!  .. dulu time lepak-lepak dengan kawan-kawan lama, aku selalu nyanyi lagu dengan Ibtihar dan Dinie.. dalam kami tiga orang, boleh dikatakan akulah macam budak-budak yang tak cukup umur. Even aku lebih tua dari diorang tapi apa kisah, right?

  Tapi semua dah berubah sekarang... Ibtihar dah masuk kelas 4ST dan Dinie pulak masuk sekolah teknik.. masing-masing starts bawa diri masa pertengahan/perhujung tahun 2011 macam tu.. diorang start lepak baik dengan budak kelas.. tapi aku still rasa terasing sikit sebab aku ni jenis kureng bercampur.. bila dah bercampur dan ngam dengan orang tu aku jadi nak lepak dengan orang tu jugak..lepastu  aku pun start dah lepak dengan budak kelas.. sampai sekarang aku still kawan dengan korang.. cuma aku cukup terkilan masa Dinie ada masalah haritu aku takda untuk dia. Selalunya kau(dinie), akan story dekat aku walaupun kau macam takut2 aku spreadkan rahsia kau. Kau still berkongsi masalah/rahsia dengan aku. Sebab aku tau, dalam pada kau tak percaya tu, kau masih ada percaya dekat kawan.. Yeahhh.. till now aku still simpan rahsia kau..

  About Ibtihar? Ohh... sejak kau masuk teknik, aku selalu perhati yang dia dah jadi pendiam sikit since kau takda. Selalu jugak aku nampak Ibtihar jalan sorang-sorang.. Bila aku nampak mesti aku akan tegur atau kasi dia marah dekat aku sebab aku nak tengok sangat Ibtihar yang suka merungut, marah-marah macam budak kecik.. It's look like a baby, you know! Tapi kalau aku tak tegur pun hati aku tiba-tiba teringat mengenai persahabatan kita masa form 1-form 2 yang sangat-sangat rapat!!!... T_T  tears....

  oklah aku nak sambung tidur esok pagi sekolah sangat-sangat awal.. wweeee.. kalau ada masa wani akan update lagi.. INSYAALLAH.. :D

Monday, March 25, 2013

Start now!!..

No comments:
H.E.L.L.O.!!!
and Assalamualaikum.. :)

Dah lama tak update kat blog buruk ni tapi everyday boleh dikatakan mesti wajib buka. Walaupun fesbuk dah menjadi semakin fame tapi still rasa boring. Yelahh.. hari-hari mengadap tu je, kauorang tak boring? Aku? Ofcos, aku la paling first cakap Yes. So memandangkan minggu ni cuti *otak masih ingat kerja sekolah* aku rasa nak update jugak seketul dua, entry panjang-panjang. Wakakakkaka.. agak-agak ada orang nak baca tak? hhhehheheehhe.. tepuk dada, tanya selera.. *erghhh betul ke tidak peribahasa ni?:p*

  Memandang sekarang dah penhujung bulan 3 and its mean nak masuk bulan 4. Bagi budak sekolah, ofcoslah ujian bulanan. Cannot say no, sebab benda ni semua akan terjadi jugak pada semua orang.. :') Jadi memandangkan aku seorang pelajar, dan aku percaya yang baca blog aku jugak seorang pelajar *mana ada above 25 nak baca blog budak-budak aku ni =,=* aku sharekan kat bawah ni beberapa potong doa yang khususnya untuk golongan diatas ye.. *tak larat nak tulis balik :'(* dan beberapa gambar yang diedit dengan kata-kata semangat.. Yeahhh!!! *tetiba je*


Disebabkan wani jenis yang senang tesion dan cepat lupa.. so i think maybe i should this for you guys, yang ada masalah macam wani. Dan yang pentingnya semua ni untuk rujukan wani, untuk masa akan datang.. :')



Eat this. It can help your to remember. 

1. Madu
2. Kacang merah
3. Kismis
4. Telur
5. Susu dan yogurt
6. Halia
7. Salmon
8. Oat
9. Berry
10. Daging tanpa lemak
11. Daging Burung Merpati
12. Daging Ayam








Friday, March 22, 2013

Finally!! Tonton So Undercover Full Movie online/download!!

No comments:
When the FBI hires her to go undercover at a college sorority, Molly Morris (Miley Cyrus) must transform herself from a tough, streetwise private investigator to a refined, sophisticated university girl to help protect the daughter of a one-time Mobster. With several suspects on her list, Molly unexpectedly discovers that not everyone is who they appear to be, including herself

Wednesday, March 20, 2013

Untuk 'DIA' PARODY: In Style Mr BIE

No comments:

  Salam.. :D terjumpa video ni kat youtube lepas tengok video UAI.. Untuk 'DIA' PARODY: In Style Mr BIE. Original song by NAJWALATIFF and SLEEQS ... hehehe.. tetiba mata mengantuk pulak. Esok pulak ada merentas desa.. weee SAAAGGGAATTT BAAHHHAAAGIIIAAAA !!! :D..

Saturday, March 9, 2013

Renungan hari sabtu...

3 comments:
  Salam Sabtu!! hehehe.. tadi masa facebooking terjumpa sekeping gambar ni kat facebook..Mohhla kita tengok yoo...


  Huhh..sangat tragiskan...:') teringat pulak tahun lepas masa Pandu Arah tahun lepas kat dalam hutan kelapa sawit yg takda line... Lebih macam nila wani dengan geng2 PKBM sembahyang.. Walaupun koperal dan staf2 kata yang air sungai tu tempat segela benda bertenggek tapi kalau dalam hutan tu manalah ada air paip kan? hehehehhe

  Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)

  Sabda Rasulullah lagi:
"Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)

Hadith Mengenai Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu:
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

   Wallahulam... KREDIT> http://www.hafizhafizol.my/2012/10/dosa-meninggalkan-solat-5-waktu.html

Saturday, March 2, 2013

Stokin koyak...

No comments:
Assalamualaikum korang :'D.. yeah i'm know, dah pagi kan? heehehhe tapi wani still semangat nak story dengan korang pasal petang tadi masa kawad.. mihmihmih...


  Pagi semalam *sabtu*, wani bangun pagi-pagi nak pergi sekolah. Dalam kalut sebab dah lewat, wani terus ambik stokin satu pasang ni, walaupun tahu yang stokin tu koyak bahagian tumit. Tapi nak buat macam-mana dah lewat, right? Then bila sampai sekolah tu, nothing happen masa kawad but suddenly bila masa kawad sebelum balik, semuaorang dalam keadaan yang sangat bebal+marah+hangat tahap duduk tepi oven tunggu ayam golek masak. Dengan muka yang merah terus ja kawad walaupun dalam hati rasa macam nak maki ja staf2 askar tu, tapi rilek chilll... HEHHEHEH.. dalam panas-panas kawad, srakkk..kawad belakang wani terpijak kasut sekolah lantas kasut ku seperti tidak memakainya lagi...

  Huishhh.... kalau orang iman tepis gerenti maki berapi, yelah tengah panas+ dahaga +lapar+rasa nak pengsan semua lah rasa time tu. Bila dah habis kawad wani suruh skuadleader bagi arahan untuk rehatkan diri, kebetulan pulak staf2 tu bagi keluar baris. Haaa apalagi cepat-cepat pakai kasut. Dan time tu memang terserlahlah tumitku..tsktsskkk T_T rasa nak nangis ja sebab malu. Nasib semua member ok heheheh.. kalau tak balik tutup mukalah eden..mihmihmih...

P?S: stokin pink atas tu bukan saya punya tapi sebab suka bedal jelah letak. Karang wani letak stokin wani yng koyak tu, pengsan pulak korang yang nengoknya.. bhhahahahah XD.. wasalam :)

Friday, March 1, 2013

Sudah lama mencari..akhirnya ketemu jugak.. :')

No comments:

  Assalamualaikum korang!! HEHEHEHEHEH :D.. aishhh naik histeria aku jadinya nak pilih telekung untuk somebody yang sangat special for bulan 5 ni.. banyak jugaklah, wani cari kat banyak kedai online, almaklumlah takbanyak onlineshoppe nak jual telekung ni. Plus kena jugak check duit, takut tak cukup pulak..kihkihkih.. but lastly cari kat belog Sis FatinLiyana *sebab dulu, sis ada share pasal satu telekung ni* dapat jugak yang harganya very affordable dan sannggaaatttt tannteeekk uolls!!!


  See!! So beautiful-kan?? :'D harga bawah dari RM 1++ je. Hehehehe.. selalunya kita pakai cantik-cantik bila keluar dating2 kan? So apasalahnya pakai cantik-cantik juga bila time solat.. Jadi bersemangat pulak nak solat bila tengok kain telekung kaler favorite dahku.. :D hehhehe.. tapi sayang seribu kali sayang.... :'( telekung dekat Bella-Ammara ni sangat laris macam pisang goreng kat dekai mak jemah sebelah kedai kak jah.. sampailah ada beberapa pelanggan yang sudah menyuruh owner butik ni untuk men-restock balik telekung-telekung yang sangat beautiful+gorgeus ni.. *hehhehe I'm the one of them:P* but alhamdullilah.. Ammara Collection akan restock hari SELASA ni, so korang better get ready untuk berebut dengan jutaan manusia kihkihkih...

  P/S: klik sini untuk ke butik BELLA AMMARA :D> http://www.facebook.com/pages/Bella-Ammara/473282182699195


Rembau Most Wanted by Waris

Wednesday, February 27, 2013

Alkisah kedai online paling murah pada abad ini...

No comments:
Assalamualaikum... hai-hai-hoi-hoi- korang!!! :'D <<< tak sedar esok dia ada ujian Sejarah and P.Islam..

 korang kalau buka fesbuk, benda first sekali apa yang korang buat?

~> Cek kotak Notifacations/Message/Friends or etc?

~> Cek timeline bf/gf korang? or..

~> Korang sendiri pun tak tau, apasal korang bukak :/

 so korang agaknya ada ke senarai kat atas? :D wani kalau buka fesbuk selalunya nak mesej kawan *kredit takda* , cek fb mak/abang2/jiransebelah/kawan/etc... tapi paling popular sekali tentulah ONLINE SHOP!! heheheh.. wani ni boleh diketegorikan salah seorang yang pemalas nak keluar rumah. Even nak pergi kedai nak beli maggi untuk perut sendiri pun pikir 2-3 kali. Finally, tak pergi jugak... Ishh..ishhh.. ~,~ plus wani bukan jenis yang suka jalan sangat, kalau pergi tesco ke atau mana-mana pasaraya mesti pastikan ada bookstores kat mall tu. Hehh.. nampak macam ulat bukukan? Tapi sebenarnya tak.. Wani hanya lepak kat bookstores bahagian yang jual comics.. Bhahahahhhaha... XD

  Disebabkan wani jenis yang macam kat perenggan atas ni, wani selalu la usha-usha kedai online kat fb atau mana-mana websites yang MURAH dan SANNNGGGAAATTT BEEERRRPAAATUUUTANNN.. *panjang tak :P* Tapi kadang kala jelah wani akan beli kalau rasa benda MURAH dan SANNNGGGAAATTT BEEERRRPAAATUUUTANNN dan time tu duit berkepok.. muehehehhehe almaklumlah budak sekolah... :P

  Tapi dalam banyak-banyak online shop, hanya secoet sahaja yang bertahta dihati *cewahhh...*

Dehotshop Hayati

  yesss, dehotshop Hayati memang salah satu kedai tempat kegemaran wani dan korang patut check it out! Tambahan pulak dehotshop hayati ni everymonth diorang akan update baju-baju baru yang pastinya SANGGGAATTT MURAH dan SANNNGGGAAATTT BEEERRRPAAATUUUTANNN..


Full Lace Labuh...
Code : Zafeera
Size : Free size (sila lihat ukuran dibawah)
RM55 - Semenanjung
RM58 - Sabah & Sarawak
FREE POS LAJU..
Material : Lace Yang sangat selesa dan lembut.
*FULL LINING
*INCLUDED RIBBON (boleh dibuka)


HARGA 1 set (Blouse + Skirt) :-
RM90 - Semenanjung
RM93 - Sabah & Sarawak
FREE POS LAJU.....

SKIRT SAHAJA
Code : Skirt Mermaid / Skirt Hafiyah
RM45- Semenanjung
RM48 - Sabah & Sarawak
FREE POS LAJU....

☞ Whole Length: 27.5inch+-
☞ Shoulder Width: 15-16inch +-
☞ Sleeve Length: 22inch +-
☞ Sleeve Hole: 8.5 inch +-
☞ Full Bust: 39-40inch +-
☞ Waist: 40-42 +-
☞ Armscye: 19.5inch + -
☞ Width of lowest part of Blouse: 166 CM +-





  see?? rasa macam nak menangis je sebab tengok harga yang sangat murah!! kurang dari 1++ tapi dapat satu set baju kurung oren yang lawa tahap debom ni!!! so korang tunggu apa lagi??? cepat ke Dehotshop Hayati!!

Tuesday, February 26, 2013

Fatih Seferagic...

No comments:
Assalamualaikum korang... :D

tengah dok syok-syok download kat 4shared kertas spm fizik yang lepas-lepas, sebab esok ada test. Tergerak hati pulak nak buka fesbuk *tak sedar diri..mihmihmih*. Alasan satu je, nak tengok member-member kelas nak update apa berkaitan Fizik..hehheheheh *toyoh hidung kuat-kuat *. Cari punya cari tak jumpa. *hampehh ~,~* tapi terjumpa gambar abang hensem ni..muehehehhehe :'P


Masa first tengok... blur lagi. Yelah.. dua-dua hensem.. mueheheheh XD dan-dan-dan yang paling gempak dua-dua omputih *orangputih* hehhehhe... Tapi sayang aku tak minat JB illuminati, so sorry JB :/. Kemuadian sebab nak tau sangat sapakah jejaka hensem tu *bukan JB!!* terus iolll gi search kat fesbuk nyah..


Lepas dah baca beberapa status Fatih kat fb dia barula aku tahu yang dia seorang remaja 17 tahun *aku 16 tahun :B* yang masa dulu kecik-kecik umur 12 tahun dah boleh hafal al-Quran walaupun dia stay dekat Houston. Isn't it amazing right? Then aku terus pergi ke youtube untuk tengok di punya bacaan alquran..

aku pilih video yang pose dia nampak hensem tahap ayam goreng..kihkihkih

P/S: terus tak jadi nak berkaraoke lagu Skycraper by DemiLovato..kihkihkih..

P/S/S: Hujung bulan June ni Fatih datang ke Malaysia dengan MPF ni, tak sabar nak gi...hehhhehehhe.. ok nak sambung baca buku balik.. bye.. assalamualaikum.. PEACE NO WAR!

Friday, February 22, 2013

Is Taylor Swift the Worst Ex-Girlfriend Ever?

No comments:
Taken from: http://omg.yahoo.com/blogs/celeb-news/taylor-swift-worst-ex-girlfriend-ever-030639001.html

  Assalamualaikum korang!! And Hello peeps!! :'D

Umum sediamaklum bahawa, baru-baru ini Taylor Swift baru saja putus dengan Harry Styles, salah seorang ahli OneDirection, yang popular dengan lagu What Make You Beautiful. Dan sedia maklum yang Taylor ni suka buat lagu untuk bekas-bekas boyfriends-nya. Contohnya yang terbaru "We are never ever getting back together" . Dalam pertengahan lagu tersebut, ada baris lagu ni:  "So he calls me up and he's like, 'I still love you,'dia letakkan sedikit loghat British, yang dipercayai memang ditujukan untuk Harry Styles. “And I'm like, 'I'm sorry, I'm busy opening up the Grammys. And we're never getting back together, like, ever.'”


John Mayer
Seterusnya sebuah ballad yang bertajuk " DEAR JOHN " yang dimana ditulis oleh Taylor Swift, yang ditujukan khas untuk John Mayer selepas hubungan percintaan mereka yang pendek, tahun 2009. Lagu ni telah di-released-kan didalam album SPEAK NOW, 2010.

"Dear John, I see it all now that you're gone/Don't think I was too young to be messed with?/The girl in the dress cried the whole way home/I should've known," korus. Another verse :Well, maybe it's just me and my blind optimism to blame/Or maybe it's you and your sick need to give love then take it away." The message was received loud and clear, according to Mayer himself … and not appreciated. “It made me feel terrible. Because I didn't deserve it. I'm pretty good at taking accountability now, and I never did anything to deserve that. It was a really lousy thing for her to do,” Mayer said in Rolling Stone last year.


Tapi sebelum itu, lagu "Forever and Always" ditulis untuk teman lelaki pertamanya Joe Jonas. “Was I out of line?/Did I say something way too honest/That made you run and hide like a scared little boy?/I looked into your eyes, thought I knew you for a minute/Now I'm not so sure,” the lyrics go.

"I've written about [the split with Jonas], and I like to write about my life ... that's just how I deal with things," she said on Ryan Seacrest’s radio show that year.

" The Last Time" ditujukan untuk bekas boyfriend-nya, Jake Gyllenhaal, dimana dia bersama hujung 2011.  "The idea was based on this experience I had with someone who was kind of this unreliable guy,” she told NPR last November. “You never know when he's going to leave, you never know when he's going to come back, but he always does come back.”

  Seterusnya, Taylor Lauter. " Back to December" merupakan lagu yang ditujukan kepada Lauter.  "It addresses a first for me," Swift told E! News in 2010. "I've never apologized to someone in a song before ... The person I wrote this song for deserves this. This is about a person who was incredible to me – just perfect to me in a relationship – and I was really careless with him."

"So this is me swallowing my pride/ Standing in front of you saying 'I'm sorry' for that night/ And I go back to December all the time/ It turns out freedom ain't nothing/,” go the lyrics. “Missing you, wishing I'd realized what I had when you were mine/ I'd go back to December, turn around and make it all right/ I go back to December all the time."

Tambahan: "And how you held me in your arms that September night.The first time you ever saw me cry" merujuk dimana Kanye West telah memalukan Taylor semasa satu anugerah dan mempertikaikan sepatutnya Beyonce yang lebih layak untuk memenanginya. 


Conor Kennedy (akan ditentukan)

 Tapi dalam banyak-banyak lelaki yang berhubungan dengan Taylor Swift, paling cepat putus? Conor Kennedy, the teen Swift telah dikesan sepanjang musim panas bersama, sebelum mereka berputus Conor baru saja memulakan senior year di sekolah menengah. Mungkin dia hanya menunggu untuk memberinya hadiah tamat pengajian muzik...







P/S: hmmm.. sapa pulaklah boyfriend baru Taylor ni, ye?