Thursday, January 31, 2013

I'm busy, ok?...

No comments:

  Hooooiiii... helloo... hahahahha... agak kurang ajar mukadimah yang tak bagi salam kan? *angkat kening style ziana zain :'/* so assalamualaikum korang!! HHEHEHE so sorry sebab dah lama tak update dekat blog, bukan apa sibuk sungguh diri ini dengan masalah study di sekolah, yelah budak candidates SPM 2014 kot.. *hoiii..bukan upsr tau! XD* ditambah pulak kenkangan masa di sekolah, almaklumlah budak sains, mana boleh balik pukul 1 ke 2 atleast dalam seminggu itu mesti balek pukul 3 *wahh wani kau punya ayat manyak baguh owhhh ... hehehh XD* tapi cakap je pukul 3, nak tunggu abah aku ambik dari sekolah sangatlah menyeksakkan *sigh* tahu-tahu sajalah, orang kalau penat baru balik dari kerja mestilah nak rehat kat rumah, terkadang tu terlelap sudah menjadi perkara biasa.

 Sampai aku dah lali dah balik jalan kaki even 1km je *tak sampai pun :P* pun, dah jadi asam garam aku. Sebab Iman Syafie pernah berkata:


  Dan dalam Al-Quran pun ada menulis : "Siapa usaha lebih, orang itu akan mendapat lebih" *note: jika ada salah sila tolong aku yang lemah ni untuk memperbetulkan :')*

 ditambah pulak monthly test bulan 3 ni... hooiiiii *sigh once again* jadi aku nak mintak maaf kalau korang usha blog aku tapi tak update dah 3 tahun *ok lebih XD* korang janganla bam aku kat blog tau, ketahuilah bahawa aku seorang manusia yang ada kerja sekolah dan kehidupan seharian yang padat bukan seperti robot. Boleh buat banyak kerja dalam 1 masa. Taknak cakap banyak, mata aku pun dah berat, mujur esok cuti. Tapi hati masih tak tenang asyik ingat Sejarah, Tek.Kejuruteraan, Math, AddMath dan banyak laaaaggggiilaaaahhhh..... 

P/S: pening mata aku tengok mak aku layan hindi movie ni... ishhhh... ~,~

Wednesday, January 30, 2013

Perhatian kaum wanita!!!

No comments:

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA 
  Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..
Berhati2 semua terutama para wanita. 

Bahaya….!!!
Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.
  
” AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
– CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. 
Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? 
Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN.
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. 
Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.


Read more: http://fid.ohmacamitu.com/amaran-dari-polis-di-raja-malaysia/#ixzz2JSRK9Lgy

Wednesday, January 23, 2013

Cubaan Mencuri Jasad Rasulullah

No comments:
Assalamualaikum... dan salam maulidurasul semua.. ^__^
entri kali ni wani nak kongsi satu story yang wani copy dari http://penmerah.com
berkaitan dengan CUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH...


Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.
Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.
Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.
Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.
Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.” Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu? Mimpi ini berulang dehingga tiga kali.
Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga.
“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah. Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”
Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin.
Baginda raja telah berangkat sendiri ke Kota Madinah bersama menteri yang sangat dipercayainya dan pengikut-pengikutnya. Setelah sampai baginda raja telah singgah mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi. raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah. Maka keluarlah semua penduduk Madinah untuk bertemu dengan baginda raja.
Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”
Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”
Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.
Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka.
Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.
Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”
Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”
Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”
Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.
Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”
Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.
Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasullullah SAW.
P/S: nikmatnya tidak terkira jika kita adalah salah seorang hamba yang bertuah dapat bertemu dengan Rasulullah.. Dan ketahuilah, bahawa orang Yahudi adalah musuh ketat kepada orang Islam sehingga hari kiamat..Wallahuallam...

Tuesday, January 22, 2013

Le' a new student in my class..

No comments:
   Assalamualaikum semua ^___^!!

Semalam, kelas wani ada budak baru. Yes, it boy!..
SO??
So??
Soley..soley...soley... HAHHAHAHA XD
kidding, ok.. 
ok taklawak :(...
actually dia kawan sekolah rendah wani dulu, mula-mula
tu perasan sangat sebab, dia masuk kelas lepas waktu PJ kemarin.
Tapi bila tengok meja orang belakang kena ubah, dan meja kawan wani diambil
untuk cukupkan kuota tiga orang duduk belakang wani..
Mula-mula tengok tak perasan yang dia kawan lama sekolah dulu, tapi bila rasa
ada something je macam aura yang suruh tengok kat dia baru perasan..
Ya Allah.. Aqib lahhh!!! ~,~
sebabkan wani tak berapa yakin then wani tanya kawan yang sama sekolah rendah dulu..

LE'S ME: Husna,husna... Budak baru tu Aqib ka? Anak cikgu ______ tu?? *sambil buat muka eksited.. XD*

Le's HUSNA: Yooolaahhh... takkan hang tak perasan kot? 

sampai hari ni wani still rasa macam mimpi je..
hahhahahh.. lawak pon ada sebab Aqib ni dari dulu tak berubah..
HHAHHA.. asyiiikkkkk seeeenggggihhhhh je korjanya..
yolah cikgu tanya apa-apa mesti sengih je kerjanya.. 
Tadi masa Mate Moden tadi, cikgu mate tanya Aqib siap tak lagi kerja sekolah mate
yang kemarin.. korang teka apa riaksi dia??

SENGGGGGIIIHHHHH jaaa..
hahahahah... wani suka usik aqib ni, sebab kerja dia sennggiihh ja...hahahah
sampai tadi kena tegur dengan cikgu mate.. macam ni "Haii... wanie, hang tau buli dia ja!" 
ahahahha,malu jugak tapi seronok...
ingatlah kemarin cikgu mate tanya kenapa pindah sekolah wani, sebab dia dari SMK MODEL KHAS
lepastu tiba-tiba ja datang sekolah ni...
nak tahu jawapan dia apa??
haaa, cam ni "Suka hati sayalah, nak pindah sekolah mana pun!"
heheheh, dengar je bunyi kuangjo tapi pelan je dia cakap, nampakkan 
tak berani mana pun, nasib cikgu tak dengar kalau takk..
hahahha... aqib-aqib.. XD

*p/s: comei tak adik iollsss... XD... hahhahah* perasan kau wani!

Tuesday, January 15, 2013

GEMPAK Giveaway by Farah, Puteri & Ain

3 comments:
 
  Assalamualaikum... ^___^!! Harini wani nak join GA by FARAH, PUTERI & AIN.. Thank to Chien sebab invite wani.. :D HUHUHU.. kebetulan still tak sibuk lagi so better la kita menyibukkan diri dengan menjoinkan GA-GA atau Segmen yang masih ada, right?..

FOLLOW BLOG SPONSOR: DONE!
FOLLOWER BLOG AIN GRAPICS: ke-141
LIKER MIRA KAWAII SHOP: dah lama dah like online shop Mira tu, check Fb wani.



Nak tanya SimSimi...

2 comments:
Assalamualaikum, korannngg!!! ^___^
so harini kita akan interview cik SimSimi!! ahhahaha..
jom kita usha apa pendapat cik SimSimi tentang artis di Malaysia dan di luar negara!! :D











:P

HAHhahaha... XD bahasa baru "siak" ??? XD

Wanieyzuki: All of this do it for fun only! Credit to http://www.simsimi.com/talk.htm :D Huhhh.. still sakit kepala pasal makan mee kuning semalam.. -___-

Monday, January 14, 2013

Korang dah tengok dahhh...

No comments:

  Assalamualaikum... ^___^ korang dah tengok dah, Adik Manja Returns?? Wani dah tengok minggu lepas. Lepas ternampak trailer dekat tv, terus jadi teringin nak tengok movies. Bagi korang yang tak tahu, Adik Manja Returns ni version remake dari Adik Manja 1980. Cerita dia saaaanggggaaaattt beeeessstttt tahap gaban kot! Dan pelakon-pelakon yang menjayakan cerita ni pun memang suppeeerrBB!!! lahhh kau!.. HAHHAAHAHAH :D


 
Sinopsis
 
Mengisahkan kenakalan para pelajar perempuan di Kolej Professional Skill hingga menyebabkan Pengetua Sofia (Rozita Che Wan) terpaksa mengambil khidmat bekas pensyarah lelaki kolej tersebut iaitu Cikgu Azmi (Dharma Harun Al Rashid).
Banyak cabaran yang terpaksa Cikgu Azmi hadapi bagi memulihkan para pelajar di situ terutama sekali dua kumpulan pelajar yang sering mendatangkan masalah disiplin iaitu kumpulan Bib (Faezah Elai) dan kumpulan Su (Juliana Evans). Filem ini juga memaparkan gaya hidup remaja kini yang gemarkan tarian Shuffle dan Hip-Hop.
Saksikan bagaimana Cikgu Azmi menggunakan formulanya bagi memulihkan dan mendamaikan dua kumpulan pelajar perempuan berkenaan nanti.





BARISAN PELAKON UTAMA


PELAKON UTAMA:

CIKGU AZMI: DHARMA HARUN AL RASHID

PENGETUA SOFIA: ROZITA CHE WAN

BIB: FAEZAH ELAI

SU: JULIANA EVANS

PUAN DIBAH: MARIA TUNKU SABRI


PELAKON PEMBANTU:
TAM: JIHAN MUSA

MEI: ADELINE TSEN

AYU: RAFIDAH IBRAHIM

KAT: EZLYNN

MALA: GEETHANJELI

MEK: TENGKU NOOR FATIMAH

TEH: NADIA ASHLYBURN

LOLITA: AZLINA AZMI

PENAMPILAN ISTIMEWA:

PELUMBA PLAYBOY: USOP WILCHA

CETI HARAM: JEGANATHAN

KETUA INCHARGE: ALONG RAJA LAWAK

BUDAK SURUHAN: AZRUL CHAM RAJA LAWAK

TRAILER



Wanieyzuki: Suka cerita ni, masa yang cikgu bedah tu jadi pocong.. HAHAHAH.. pecah perut gelak, korang tau!.. STARS: 4/1/5

Friday, January 11, 2013

Le' Big Brother.. Azri

2 comments:
Assalamualaikum semua... :D *sengih beramai-ramai sambil baca entri ni.. hahahah XD*

  Tadi dalam jam 6;40 petang macam tu, abang wani yang no2 balik. Dalam hati rasa macam nak goreng je dia tu. Yelahhh.. dengan muka takda perasaan balik time tu dah la tadi tengahari wani dengan mak wani balik dari buat border pas nak pi Songkla 25 hb ni, balik dengan pakcik*entah nama apa, aku lupa :3* yang nasib baik hati nak hantar kitaorang, dia seronoklah balik dari pi mana, pinjam kereta mak dari 11 a.m sampai petang. Then, wani tengok kat tangan abang wani ada beg plastik hijau. :O.. Burgggerrr... emmm.. teringin pulak...

Le' wani: Dah lah baru balik, pastu tak ingat nak beli burger kat adik hang(you) yang kiut ni*sila muntah hijau

Le' bangcik*azrilahh*: *sengih kat wani :D*

Le' wani: Hang(you)... pada arhh.. tak beli dekat aku. Aku dah tak makan lagi *ok im lie, masa ni baru lepas makan nasi dengan sotong kicap.. saja nak mengedik dengan abang.. hahahah XD* Dah la tadi mak hang(you) nak keluar beli lauk, hang(you) guna kereta dia... :'(

Le' bangcik: Tadi hang keluar, takkan hang takmakan kot? Aku baru gaya nak makan. 

Le' wani: Takpa.. wey.. aku ingat.. aku ingat.. *makan kacang pistachio sambil buat-buat tarik muka.. XD* Aku ada kacang pistachio.. hang jangan makan... *ugut* 

Le' bangcik: *dengan buat muka takda perasaan.. buat-buat nak suap wani tapi tak.. konon sedap sangatlahhhh burger tu.. tuihhh.. hahahah XD*

 Disebabkan wani jenis bermuka kesian dan senang sangat nak buat orang sila *sila muntah rainbow* wani pun buat muka minta penampar  simpati...

Le' bangcik: Oklahh... aku bagi hang gigit dua kali ja.. 

 Hahahah.. terkena jugaklahh abang aku sorang ni..heheheh.. XD wani saja je nak syiok-syiok usik dia tapi tak tahu pulak abang wani tu memang murah hati... heheh.. wani ingat lagi haritu, masa makan dekat mcd*masa ni tak boikot lagiiiii*, abang wani teringin nak makan Samurai burger yang masa tu dok syiok fame kat tv ,right? wani pun order sekali burger samurai tu, mak wani order burger fish entah apatah lupa.. Bila dah duduk kat tempat yang mak wani dah cop, wani baru perasaan yang abang wani tu order DOUBLE.. Woaaahhh.. double kot?? kenyang engkau..

  Disebabkan wani ni jenis kuat makan dan terkena tadi, sebab tak order double..heheh wani pun asyik gertak dia bila dia makan.. "Haahhh... tu tak habis laaa tu. Orang tamak selalu rugi kot?" Hehhehe, bila dia rasa memang dia takboleh, dia bagi kat wani yang setengah dari double tu... hahahah, jahatkan wani?? yesss... i am.. tapi wani cuma jahat dengan family wani dengan bestie je... Other boys?? Sorry.. aku taklayan, kalau nak kena prank dengan family aku. Cepat-cepatlah masuk meminang ye.. *ehh?? HAHHAHA *

  Tadi masa nak dekat magrib, abang wani bersiap-siap nak pergi tazkirah.. Lebih tiga kali jugaklah.. wani tanya dia.. "nak pergi mana?" . Disebabkan dia tak layan wani, wani just tarik muka je.. sambil cakap "Tak mau kawan dah dengan hang!" hahahah XD like childish right?? Maybe dia tengok wani merajuk dia pun jawab dengan muka terpaksa" Nak pergi tazkirahlahh!" .. then i was like.. OHHHH... HAHHAHA.. Patutlah abang aku ni hensem semacam je pakai jubah style Ustat UAI tu.. dengan kain pelikat yang tak match langsung.. rupa-rupanya nak pergi tazkirah.. Then dia tanya pendapat wani.. pasal baju dia.. Then wani cakaplah.. "Kalau hang pakai jubah tu dengan seluar lagi padan, dari kain pelikat tu. Macam pakcik-pakcik je, tapi bukan jeans tau!".. Pastu dia dengan selamba je kenakan wani balik.. "Pakai track-suit ok jugak kann?* sambil buat muka minta penumbuk...*" -,- cehhh podahhh dia perli aku.. lmao..

Thursday, January 10, 2013

Speechless..

No comments:
Assalamualaikum.. jumaat!! :)


moree??


hahahaha... kreatif right??...

credit picture= gempakstarzpage and FACEBOOK..

Tuesday, January 8, 2013

Kid's nowadays..

2 comments:
Assalamualaikum... apo khabooorrr!! :D


I'm still remember, when I was 7 years old. I'm a kid who doesn't know anything or everything about technology.
*cehh speaking seketika.. -___-*
Even nak jumpa sebijik komputer pun payaaaahhh....
masa tu kalau ada rumah yang ada komputer sebijik, even komputer yang banyak polka dot's kat skrin tu pon dah kira canggih time tu.. :o
Tapi sekaaraangg...Tidak lagi..
Kalau pakai ipad 1 pon dah kira ketinggalan zaman, even baru beberapa hari je baru keluar ipad 2*or more*.. right?? 

Dan disebabkan benda-benda alah ni semualah.. banyak budak-budak sekarang pemikiran mereka lebih terbuka, mengenai pelbagai hal..
Dan sampaikan benda-benda yang tak sepaptunya di usia diorang tidak patut tahu pun, dah tahu.
Tadi masa sekolah, wani dengan bestie wani lepak masa rehat dekat perkarangan dewan..
mood sajalahh.. nak usha crush.. *eeee.. malulah kita nak bagi tahu HHAHAHAH .. SILA MUNTAH HIJAU YE XD*

dalam masa chit-chat tu, terkeluar bab budak darjah 3 perempuan dah 'terkena' *korang tahu ke apa maksud terkena tu?? Kalau tak tahu, buat tahu-tahu saja ye..heheh :B*
Bila aku dengar kawan cerita pasal benda tu aku jadi terkejut..  terus tersentap *ewahh kau wanie.. HAHHA XD* seketika ... sebab benda tu berlaku dalam kawasan sekolah.
Dan kawan wanie cakap lagi abang kepada budak tu, masa tu darjah 6*sekarang sama umur dengan wanie*  yang tahu pasal hal tu.. terus pukul adik lelaki dia dengan batang paip..
bila wani dengar tindakan abang dia tu, jadi tak percaya je. HEHEHE bukan apa, wani kenal abang budak lelaki tu jadi agak susah nak percaya. Tapi alhamdullilah sebab abang budak lelaki tu telah buat sesuatu yang baik bagi menyedarkan adik dia masa tu kecil lagi..
Budak perempuan tu??
ahhh.. malas nak wani cerita, bukan apa budak tu macam tak kisah je.. kakak kepada perempuan rapat wani jugak, mungkin dia dah tak tahu nak buat apa dengan karenah dengan adik perempuan tu..
agaknya... haiihhh.. *sigh*


P/S: Internet ni adakala ada baik dan adakala buruknya.. Cuma manusia sahaja yang memilih untuk kebaikan atau keburukan :). Mohon maaf jika ada yang rasa wani seakan ingin buka aib orang lain, tetapi jujur wani katakan, wani sekadar ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai hal ni. Sebab kes pemerkosaan ni banyak dah berlaku dikalangan wanita. Kalau dulu, wanita belasan tahun keatas saja, tapi sekarang budak 3 bulan pun dah kena.. haiishhh.. astaghfirullah hal azim.. 

P/S: Sesungguhnya, yang baik itu dari Allah s.w.t, manakala yang buruk itu datang dari diri ini.. :) Wasalam..

Friday, January 4, 2013

♥ Minum ikut Rasulullah ♥ Amalan Pagi Rasulullah ♥

No comments:
*gambar sebagai hiasan*

RASULULLAH SAW amat menyukai minuman madu yang dicampur dengan air sejuk. la bukan semata-mata lazat tetapi juga sebagai salah satu amalan kesihatan. Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selain minum air yang telah disimpan semalaman dalam sebuah bekas.

Antara khasiat amalan-amalan ini adalah:
• Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
• Mencuci perut.
• Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
• Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
• Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa:
"Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk." Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendam buah tamar).
Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyebut: "Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk." Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.
Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Adab Minum
• Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
• Bacalah 'Bismillah'.
• Minum dengan tiga nafas.
• Minum dalam keadaan duduk.
• Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
• Setiap kali berhenti minum (pada setiap pemafasan), bacalah 'Alhamdulillah'.
• Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
• Minum dari baki air yang telah dimmum oleh orang lain, hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
• Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. 


♥ AMALAN RASULULLAH PADA WAKTU PAGI ♥
1. Mandi pagi sebelum subuh untuk mengurangkan lemak yang terkumpul di dalam badan

2. Minum air sejuk segelas sebelum gosok gigi bagi mengelakkan penyakit

3. Bertafakur atau bersujud seminit bagi mengelakkan migrain.

4. Solat Dhuha untuk memohon murah rezeki

5. Berdoa

6. Berzikir, membaca al-Quran dan mentadabbur isinya

(rujukan dari Al-Islam Julai 2012)

Thursday, January 3, 2013

Sekolah tak dibenar potong bantuan RM100!

No comments:
Assalamulaikum warahmatuallahhi wabarakatuh...


Huuhhh... diharap sangatlah ye agar sekolah-sekolah diluar sana, tidak mengambil kesempatan untuk memotong duit bantuan RM100 ni ye. Kalau eden dapat tahu, eden cepuk kome! *hahahha jokelah XD*
Yelahh.. bukan semua orang dilahirkan bertuah menjadi anak dari golongan senang, bila masuk sekolah dah kena beli macam-macam. Tu kira oklah, kalau ada yang dapat duit biasiswa atau baju sekolah dari bantuan zakat, tapi fikirlah! Agak-agak cukup ke semua tu! 
Aku yang berada di tingkatan 4 pada tahun ni turut merasai tempiasnya.
Yelahh.. mak dengan ayah aku bukanlah golongan senang tapi cukuplah untuk menampung kami 3 orang adik-beradik, nak beli baju sekolah 1-2 helai *tahun ni aku seorang je sekolah yang lain kerja/sambung belajar* boleh la sebab tahun ni mak aku dah tak larat dah nak buat baju sekolah, lagi pun masa beli 1-2 minggu nak sekolah baru ingat nak beli. Alhamdullilah-lah sebab dari tahun lepas yuran sekolah dah tak kena bayar, tapppii!!! TAPIII!!!

Duit majalah, duit kelas tambahan, duit PIBG, duit KOKO.
Harus diingat!! Semua diatas itu bukanlah percuma, tapi kena BAYAR!!
Mana tak kira lagi duit nak beli buku latihan/rujukan.
Peralatan-peralatan lain yang perlu dibeli untuk kegunaan disekolah.
 Contoh, kau duduk kelas Lukisan Kejuruteraan. Kau kena beli papan lukisan A3, pembaris square yang entah apa tah aku lupa nama dia*tapi ada dua benda tu*, pensel, pemadam dan jangka lukisan *besar sedikit dari jangka lukis yang selalu guna masa Math.
Dan semua ni kena guna duit, paham tak Duitt!! *sorry kalau agak ter-emosional sikit XD*

Mungkin ada ahli keluarga korang yang duduk sekolah asrama, aku memang paham sangat kalau dah duduk asrama ni memang kos dia tinggi dari sekolah biasa. Yelahhh.. contoh awak*sedap sikit HAHAHAH* duduk dekat selangor tapi sekolah awak dekat perlis*atau mana-mana la*. Bila time cuti sekolah mestilah nak balik duduk rumah kann?? Takkanlah engkau nak duduk seseorang kat asrama lak kan dah semua orang balik ye dak? Cuba kira kos pergi-balik duit minyak+duit makan dekat mana-mana. Semua tu mungkin dalam lingkungan RM 50++ atau yang guna tol lagilah mahal yedak??
Haaaiiii... malas nak bebel banyak-banyak better korang baca news kat atas tu ye. *ehh dah baca?? takpa baca sekali lagi..HAHAHHA XD* oklah bye.. May ALLAH BLESS YOU!! =D