Wednesday, February 27, 2013

Alkisah kedai online paling murah pada abad ini...

No comments:
Assalamualaikum... hai-hai-hoi-hoi- korang!!! :'D <<< tak sedar esok dia ada ujian Sejarah and P.Islam..

 korang kalau buka fesbuk, benda first sekali apa yang korang buat?

~> Cek kotak Notifacations/Message/Friends or etc?

~> Cek timeline bf/gf korang? or..

~> Korang sendiri pun tak tau, apasal korang bukak :/

 so korang agaknya ada ke senarai kat atas? :D wani kalau buka fesbuk selalunya nak mesej kawan *kredit takda* , cek fb mak/abang2/jiransebelah/kawan/etc... tapi paling popular sekali tentulah ONLINE SHOP!! heheheh.. wani ni boleh diketegorikan salah seorang yang pemalas nak keluar rumah. Even nak pergi kedai nak beli maggi untuk perut sendiri pun pikir 2-3 kali. Finally, tak pergi jugak... Ishh..ishhh.. ~,~ plus wani bukan jenis yang suka jalan sangat, kalau pergi tesco ke atau mana-mana pasaraya mesti pastikan ada bookstores kat mall tu. Hehh.. nampak macam ulat bukukan? Tapi sebenarnya tak.. Wani hanya lepak kat bookstores bahagian yang jual comics.. Bhahahahhhaha... XD

  Disebabkan wani jenis yang macam kat perenggan atas ni, wani selalu la usha-usha kedai online kat fb atau mana-mana websites yang MURAH dan SANNNGGGAAATTT BEEERRRPAAATUUUTANNN.. *panjang tak :P* Tapi kadang kala jelah wani akan beli kalau rasa benda MURAH dan SANNNGGGAAATTT BEEERRRPAAATUUUTANNN dan time tu duit berkepok.. muehehehhehe almaklumlah budak sekolah... :P

  Tapi dalam banyak-banyak online shop, hanya secoet sahaja yang bertahta dihati *cewahhh...*

Dehotshop Hayati

  yesss, dehotshop Hayati memang salah satu kedai tempat kegemaran wani dan korang patut check it out! Tambahan pulak dehotshop hayati ni everymonth diorang akan update baju-baju baru yang pastinya SANGGGAATTT MURAH dan SANNNGGGAAATTT BEEERRRPAAATUUUTANNN..


Full Lace Labuh...
Code : Zafeera
Size : Free size (sila lihat ukuran dibawah)
RM55 - Semenanjung
RM58 - Sabah & Sarawak
FREE POS LAJU..
Material : Lace Yang sangat selesa dan lembut.
*FULL LINING
*INCLUDED RIBBON (boleh dibuka)


HARGA 1 set (Blouse + Skirt) :-
RM90 - Semenanjung
RM93 - Sabah & Sarawak
FREE POS LAJU.....

SKIRT SAHAJA
Code : Skirt Mermaid / Skirt Hafiyah
RM45- Semenanjung
RM48 - Sabah & Sarawak
FREE POS LAJU....

☞ Whole Length: 27.5inch+-
☞ Shoulder Width: 15-16inch +-
☞ Sleeve Length: 22inch +-
☞ Sleeve Hole: 8.5 inch +-
☞ Full Bust: 39-40inch +-
☞ Waist: 40-42 +-
☞ Armscye: 19.5inch + -
☞ Width of lowest part of Blouse: 166 CM +-





  see?? rasa macam nak menangis je sebab tengok harga yang sangat murah!! kurang dari 1++ tapi dapat satu set baju kurung oren yang lawa tahap debom ni!!! so korang tunggu apa lagi??? cepat ke Dehotshop Hayati!!

Tuesday, February 26, 2013

Fatih Seferagic...

No comments:
Assalamualaikum korang... :D

tengah dok syok-syok download kat 4shared kertas spm fizik yang lepas-lepas, sebab esok ada test. Tergerak hati pulak nak buka fesbuk *tak sedar diri..mihmihmih*. Alasan satu je, nak tengok member-member kelas nak update apa berkaitan Fizik..hehheheheh *toyoh hidung kuat-kuat *. Cari punya cari tak jumpa. *hampehh ~,~* tapi terjumpa gambar abang hensem ni..muehehehhehe :'P


Masa first tengok... blur lagi. Yelah.. dua-dua hensem.. mueheheheh XD dan-dan-dan yang paling gempak dua-dua omputih *orangputih* hehhehhe... Tapi sayang aku tak minat JB illuminati, so sorry JB :/. Kemuadian sebab nak tau sangat sapakah jejaka hensem tu *bukan JB!!* terus iolll gi search kat fesbuk nyah..


Lepas dah baca beberapa status Fatih kat fb dia barula aku tahu yang dia seorang remaja 17 tahun *aku 16 tahun :B* yang masa dulu kecik-kecik umur 12 tahun dah boleh hafal al-Quran walaupun dia stay dekat Houston. Isn't it amazing right? Then aku terus pergi ke youtube untuk tengok di punya bacaan alquran..

aku pilih video yang pose dia nampak hensem tahap ayam goreng..kihkihkih

P/S: terus tak jadi nak berkaraoke lagu Skycraper by DemiLovato..kihkihkih..

P/S/S: Hujung bulan June ni Fatih datang ke Malaysia dengan MPF ni, tak sabar nak gi...hehhhehehhe.. ok nak sambung baca buku balik.. bye.. assalamualaikum.. PEACE NO WAR!

Friday, February 22, 2013

Is Taylor Swift the Worst Ex-Girlfriend Ever?

No comments:
Taken from: http://omg.yahoo.com/blogs/celeb-news/taylor-swift-worst-ex-girlfriend-ever-030639001.html

  Assalamualaikum korang!! And Hello peeps!! :'D

Umum sediamaklum bahawa, baru-baru ini Taylor Swift baru saja putus dengan Harry Styles, salah seorang ahli OneDirection, yang popular dengan lagu What Make You Beautiful. Dan sedia maklum yang Taylor ni suka buat lagu untuk bekas-bekas boyfriends-nya. Contohnya yang terbaru "We are never ever getting back together" . Dalam pertengahan lagu tersebut, ada baris lagu ni:  "So he calls me up and he's like, 'I still love you,'dia letakkan sedikit loghat British, yang dipercayai memang ditujukan untuk Harry Styles. “And I'm like, 'I'm sorry, I'm busy opening up the Grammys. And we're never getting back together, like, ever.'”


John Mayer
Seterusnya sebuah ballad yang bertajuk " DEAR JOHN " yang dimana ditulis oleh Taylor Swift, yang ditujukan khas untuk John Mayer selepas hubungan percintaan mereka yang pendek, tahun 2009. Lagu ni telah di-released-kan didalam album SPEAK NOW, 2010.

"Dear John, I see it all now that you're gone/Don't think I was too young to be messed with?/The girl in the dress cried the whole way home/I should've known," korus. Another verse :Well, maybe it's just me and my blind optimism to blame/Or maybe it's you and your sick need to give love then take it away." The message was received loud and clear, according to Mayer himself … and not appreciated. “It made me feel terrible. Because I didn't deserve it. I'm pretty good at taking accountability now, and I never did anything to deserve that. It was a really lousy thing for her to do,” Mayer said in Rolling Stone last year.


Tapi sebelum itu, lagu "Forever and Always" ditulis untuk teman lelaki pertamanya Joe Jonas. “Was I out of line?/Did I say something way too honest/That made you run and hide like a scared little boy?/I looked into your eyes, thought I knew you for a minute/Now I'm not so sure,” the lyrics go.

"I've written about [the split with Jonas], and I like to write about my life ... that's just how I deal with things," she said on Ryan Seacrest’s radio show that year.

" The Last Time" ditujukan untuk bekas boyfriend-nya, Jake Gyllenhaal, dimana dia bersama hujung 2011.  "The idea was based on this experience I had with someone who was kind of this unreliable guy,” she told NPR last November. “You never know when he's going to leave, you never know when he's going to come back, but he always does come back.”

  Seterusnya, Taylor Lauter. " Back to December" merupakan lagu yang ditujukan kepada Lauter.  "It addresses a first for me," Swift told E! News in 2010. "I've never apologized to someone in a song before ... The person I wrote this song for deserves this. This is about a person who was incredible to me – just perfect to me in a relationship – and I was really careless with him."

"So this is me swallowing my pride/ Standing in front of you saying 'I'm sorry' for that night/ And I go back to December all the time/ It turns out freedom ain't nothing/,” go the lyrics. “Missing you, wishing I'd realized what I had when you were mine/ I'd go back to December, turn around and make it all right/ I go back to December all the time."

Tambahan: "And how you held me in your arms that September night.The first time you ever saw me cry" merujuk dimana Kanye West telah memalukan Taylor semasa satu anugerah dan mempertikaikan sepatutnya Beyonce yang lebih layak untuk memenanginya. 


Conor Kennedy (akan ditentukan)

 Tapi dalam banyak-banyak lelaki yang berhubungan dengan Taylor Swift, paling cepat putus? Conor Kennedy, the teen Swift telah dikesan sepanjang musim panas bersama, sebelum mereka berputus Conor baru saja memulakan senior year di sekolah menengah. Mungkin dia hanya menunggu untuk memberinya hadiah tamat pengajian muzik...







P/S: hmmm.. sapa pulaklah boyfriend baru Taylor ni, ye? 

Thursday, February 21, 2013

BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG..

No comments:
CREDIT TO: http://www.islamituindah.my/berpakaian-tetapi-telanjang

Assalamualaikum.... :)

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun



Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadis di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.



Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.

Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.

Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.

Kesan Negatif

1. Menyusahkan para isteri

Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki

Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan: ”Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.

3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya

Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.

4. Tidak menghidu bau syurga

Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.

Sukar untuk Berubah

Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.

Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.

Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21

Wednesday, February 20, 2013

Tiffany Alvord come to MALAYSIA!!!

No comments:
Assalamualaikum.. and hye peeps!! :D

Bagi sapa yang kat sini tak kenai dengan Tiffany Alvord, meh sini wani nak cerita sikit..mihmihmih..:P

 Tiffany Lyn Alvord atau lebih fame mudah dikenali sebagai Tiffany Alvord, merupakan seorang penyanyi kelahiran California. Dan merupakan salah seorang peminat setia TAYLOR SWIFT!! rujuksini: http://taylorswift.com/forum/off_topic/2331003

Tiffany alvord banyak buat cover lagu dan ada jugak lagu ciptaan sendiri. Contohnya ' Unforgettable', 'My Heart is' dan banyak lagi!!!.. Korang boleh singgah laman YouTube Tiff ni: http://www.youtube.com/user/TiffanyAlvord


 Wani suka dengar lagu Unforgettable tu. Maybe ada kaitan kot dengan wani.. kot Suara tiff ni memang best!! nak-nak muka dia nak macam taylor swift tu.. erkkk..sepupudia kot? so bagi korang yang teringin nak tengok Tiff ni secara live bolehla beli tiket kat no gambar kat ni ye... Konsert tiff ni bulan 30th March dalam bulan yang sama miss DEMI LOVATO nak datang MALAYSIA jugak..hehhehe.. agak-agak boleh ke tidak wani gi ye??.. hmmm kena tanya mak ni..

P/S: wani tak taksub/obsess dengan minah ni ok! Saja je layan-layan tulis kat entri ni, mana tahu ada peminat Tiff ni seketul dua, ye dok? -,- GOODNIGHT!! WASALAM :D

Wednesday, February 13, 2013

HIJABSTER GIVEAWAY BY SHIDAIZY BOUTIQUE!!

No comments:

hye peeps!!
and Assalamualaikum korang!!!
bhahahabahabah.. cuti sekolah tinggal tiga hari sajalah *termaksud harini* 
dan untuk mengisi cuti yang masih ada, wani nak join satu HIJABSTER GIVEAWAY BY SHIDAIZY BOUTIQUE.. kalau korang nak join sila klik link ni> http://shiydaaqma.blogspot.com/2013/02/hijabster-giveaway-by-shidaizy-boutique.html mihmihmih...


  Pada sis-sis semua anda di tag> SIS syiralokman dan SIS fardiyah :D

Tuesday, February 12, 2013

Kitew dah nambelas dahh!!.. :P

4 comments:

Ok first of all, tolong jangan muntah kat sini.. Aku tahu yang ayat kat tajuk entry ni nampak sangat datang dari planet Zimbawe, kan? muahahahah.. but wait! Apa aku kesah, muahahhaha XD! Pangggss.. kena lepang.. =,=

  Bismillahirahmannirrahim.. dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani..
Assalamualaikum korang!! *muka excited tulis karangan, padahal dah dekat pukul 3 pagi ~,~*
Tengah dok syok-syok layan makcik Ain dalam Adam dan Hawa tengah dok menangis, terpikir pulak nak buat entry ni. Yolahh.. ada budak tukan, dah 16 tahun dah semalam. Kihkihkih..:P rasa macam baru semalam je orang tu lahir, muahahahh.. *nampak tak ke-excited-kan dia?? :B*

  Heheheeheh... ok straight to the point *serius* budak nambelas tahun semalam tu aku. *dah tukar style dahhhh..*  muahahahha.. rasa macam tak percaya pulak aku dah 16 tahun 1 hari harini :B *over minah ni*. Selalunya, kalau budak dah cukup umur macam wani ni, mesti point dia satu je. Nak buat lesen moto titik. Yeahh.. betullah tu dan taksalah pun, sekurang-kurangnya dapat kurangkan bayaran saman right? Macam wani..... Ishhh, taknaklah ambik lagi! Mak cakap wani ni, panjang kaki pulak nanti. Tahukah korang apa maksud yang cuba disampaikan ibu, iaitu Puan Rosinah binti Arifin? *macam cikgu pulak kihkihkihhh*

  Yess betul tu murid-murid sekalian! :D Apa yang mak wani nak sampaikan ialah, nanti wani akan merayap merata kesana kehulu kehilir titik no koma no tanda seruan and no more whatsoever. tsskkskk.. T_T Rasa macam jeles pun ada sebab tengok kengkawan ada lesen,tapi bila fikir semula betullah tu. Lagipun wani bukanlah hyper sangat pasal nak moto ni. Haishhh.. apa kejadahnya aku nak bawak moto hanya semata-mata nak pergi sekolah sedangkan pada masa yang sama aku boleh tumpang mak aku yang sememangnya lalu jalan yang sama ke sekolah aku, hari-hari. Lagipun dapat jimat duit, that it is important! Bukan apa, duit tu kalau aku guna beli dua tiga ketul ayam goreng dekat KFC kan lebih afdal.. mihmihmih.. :B

  Hari isnin lepas yakni hari kedua Chinese New Year *Oppss, terlupa, Gong Fa Cai!* wani dah pinjam mak wani pergi ke bookstore, seperti dijanjikan minggu sebelum-belumnya. Aim wani satu je, nak beli buku dengan duit mak dan abah. *errr.. tak straight sangat ke aku ni? =,=* Yelah haritu duit 100 inggit tu mana cukup nak beli buku, baru beli 3-4 buku dah overdose ke RM 1++, nasib baik ada kad discount, tidak aku say hye-hye-bye-bye la kat akak kaunter tu. So seperti dijanjikan, mak dengan abah dah berpakat nak bagi seorang RM50 *alhamdullilah.. :')* kat wani untuk wani gunakan beli buku rujukan tapi hakikatnya tidaklahhhh.. ye.. hehhehehe :B

*sorry gambar tak clear, sebab tangkap guna hanset buruk T_T*

  But hye, I'm still bought some of exercise book, like-P. Islam (SPM), Mathematics (FORM 4 only) and B. English (SPM). Yang lain-lain macam komsas ke apa, ingat nak pinjam kat library aje, atau kalau takda nak beli midterm ni atau next year atau pinjam dari senior. Sebab semua tu macam tak berapa guna sangat. Furthermore, kimia, addmath and fizik dah beli masa dapat duit seratus tu. Dan kalau korang tengok novel-novel tu adalah novel yang wani aim dari tahun lepas nak beli. Tapi takdapat sebab poket kering.. tsktsktsk

Taddaaaaa... nilah novel yang wani nak beli dari last year. Tapi bila jumpa dekat bookstore tu terpikir jugak 
nak beli ke tidak, nak beli ke tidak. Sebab harga dia bolehlah buat budak sekolah macam aku histeria muahahah. Half RM50 tau, sebab tulah masa kat bookstore tu wani asyik dok calculate je dalam otak ni, takut jugak takcukup atau terlebih. Yelahh.. buat kena terlebih walaupun dah discount, malu eden dibuotnyo...hahhahahah.. :P Tapi alhamdullilah, Allah kurniakan akal untuk wani berfikir dan mengira. Dan tepat sekali jangkaan wani, semua ni kurang dari seratus inggit.. Teng...teng... hahahah RM 92 bahh.. :P



P/S: petang tadi baru terpikir.. "aku nak menelaah buku ka, menelaah novel ?" hehhehe.. :P oklah nak sambung tengok adam dan hawa..

P/s/s: makcik ain nangis lagi.. tskktskk T_T


salam semua dari wani.. :P shawl duo tone dari> INDAH SHAWL

Sunday, February 10, 2013

So Undercover sudah release di US!!

2 comments:

  Dalam review So Undercover lepas, wani ada cakap yang tayangan perdana dekat US ialah 02.2.13 bukan 02.5.13, right? Yeahh.. im sorry, wani dapat berita ni pun baru je, masa dok godek-godek page MileyCyrus dekat fesbuk.. so, bagi korang yang taknak ketinggalan movie ni, jangan lupa nanti next entry mengenai movie ni, ok?

  REVIEW> So Undercover ..

daaa see you next entry, my dear.. :D

Friday, February 8, 2013

Nama je cuti, tapi hakikatnya...

2 comments:
Assalamualaikum korang!! :D


 Yeahhh.. your alright mrpic.. :D... so ahad depan dah Chinese New Year, mean cuti pun bermula. Dann... dannn.. yeahh.. your homework is getting ready for you girl.. :') Andd, andd.. dont forget! Your favorite March is around the corner, bcos bulan tu ada test.. :B Mihmihmihh..

 so entry pasal pergi thailand itu akan tergendala lagi... tskskskk.... dan TEASER: 12. 02. 2013 akan ada pada isnin ni.. Nak tahu teaser apa? wait yewww darling... mueheheh...  :B

P/S: tadi check blog guna fon mak, baru perasan ada orang komen entry lepas.. tsksksksskkk... ingatkan takda dah... mihmihhh.. thank kepada yg sudi follow dan komen blog wani... nanti ingat kalau wani free nak buat contest atau GA la.. agaknya ada tak orang nak join?? :P


tengah bercinta cintun dengan lagu 'Iwant you back' by Vazquez Sounds cover THE JACKSON 5, kalau nak tau THE JACKSON 5 ni, adalah kumpulan Micheal Jackson masa kecik-kecik dulu..

Tuesday, February 5, 2013

Wanna Ali - Lepaskan (Official MV)

3 comments:

  Perasan tak korang pelakon yang berlakon dalam "Aku Ada, Kau Ada?" ni? alaaa... yang nyanyi lagu baby crazy tu haaaa... kalau korang tak kenal jugak cer usha gambar Wanna Ali kat bawah ni.. heheheh.

  See, she so pretty! First time aku tak pernah perasan pun yang dialah nyanyi lagu Lepaskanlah yang sekarang ni tengah hot kat radio-radio sekarang... Paling terbaik Wanna Ali ni umur sama dengan wani.. Yeahhh 16 for 2013 ni :).. What??? muka dia nampak macam matured jekan?? right, banyak orang ingat macam tu.. wani pun dulu orang ingat dah kerja, rupa-rupanya tengah tunggu result PMR 2012 lahh...ahhahahah XD

So here the video for her best single, yang katanya orang berlakonnya di Bandung, Indonesia.. Lagu ni dicipta dari Ajai.. so kita layan sikit lagu ni... :D


P/S: kesian kat wanna dalam mv ni, yolah her bestie tu ada feeling dekat pakwe dia. Kalau aku dah lama seliki-seliki kepala budak tu... heheheheh PEACE YO.. :)

Friday, February 1, 2013

i may look happy but i'm dying inside..

No comments:
  hoiii.. kalau dah nama dah budak candidate Spm 2014 memang takkan pernah lekang dengan homework walaupun satu hari.. PERCAYALAHHHH!!! ~,~


  Assalamualaikum.. hai-hai korang *SMILE kerang busuk wakakak XD* Lately ni, wani selalu tak berapa nak hyper sangat. Before ni, I mean awal tahun mesti budak wani ni excited je, nak-nak dengan member baik aku Murni. Yups.. she's my bestfriend and i'm very proud it to be her bestfriend :'). Yes, kalau nak compare-kan wani dengan Murni memang bannnyyyaaaakkkkk sanggggaaatttt beza!! Hoii.. lain orang lain perangai derrrrr!! Yes, im know it. But she more hyper than me. She's more popular than me. Yelaahh.. kemana pergi mesti di hai-hoikan oleh orang yang aku sendiri tak kenal. Tapi sometime tu wani akan tanya jugak Murni, sapa tadi yang ko hoikan tadi tu *bukan jealous ok* kadang di akan bagitau yang tu mak jenah jiran sebelah and blablabal... kekadang tu dia sendiri pun tak kenal.. HAaahhaha.. lawak sangat, macam-macamlah kau ni murni! XD....

  Ok wani tau, wani dah jau merapu. Bukan pergi ke Alor Star je tapi dah nak sampai Penang dah wakkaakak.. XD I'm sorry, yolahhh karangan pun kena ada mukadimahnya jugak kan-kan-kan *angkat kening style Ziana Zain :P*

  Banyak kawan-kawan wani kalau diorang dan wani ada problems yang sama tapi mesti diorang akan tanya wani macam ni:

Somebodywillbe: kau wani, walaupun ada masalah still boleh muka takda perasaan je,kan?

Im: *sambil senyum kambing* what??

Somebodywillbe: takda apa... *sambil senyum tengok aku*

  See.. believe me. Bukan satu-dua orang je pernah cakap macam tu, tapi dah banyak dah. People never think that I'm dying inside. Takkanlah wani nak pergi canang satu dunia yang wani ni ada masalah. Then i will get bash from the people who listening my problems. Seriously?? What the ayam goreng-la.. Huhhhh *sigh*


  yeah you alright pic! :'). Actually, semakin kita meningkat dewasa, selama itulah masalah akan datang pada kita. Dan dari masalah itulah, manusia akan dapat belajar. Yeahh... i'm learn from my mistake :"). That why i never tell my problem to anyone, except my bestie. But sometime, the secrets need to be secrets, you know. Sebab tulah tak semua masalah kita kena kongsi dengan orang even your bestie. Yeah... kita tak tahu masa akan datang right?



P/S: walaupun semalam tak belajar sebab ada ceramah. But i'm still worry about my homework yang 
      semakin hari semakin menibum ~,~. Got to go now darling..:) ohyeah im still miss my crush.     Especially, his smile :') hope in the future kita ada jodoh, kalau takda takpa. You jangan lupa kasi I, your wedding card ye.. :D opsss.. next entry iwill update my trips in Thailand.. Sawadikap~~~ heheh