Saturday, December 21, 2013

2014. :') #tbt #form1

No comments:
Assalamualaikum. and Hey! :')

p/s: huhuhu... tulis siap-siap, sebab takut nanti terlupa pula. :') 

Ya Allah, boleh kira berapa hari saja lagi nak masuk tahun 2014.
Pejam celik pejam celik. Heyyy,.. gua dah jadi senior dah kat sekolah gua! hahaha.
macam tak percaya pun ada. serius baq hang!
rasa macam semalam ja masuk sekolah menengah, dengan pakai baju sekolahnya
yang pastinya ada seorang kawan aku ni cakap:

"wey, awat hang pakai baju,lengan tak bercekak?"
and
"ni baju sekolah dengan kain sekolah, apasal kain licin?"
and
"kasut sekolah hang apasal ada line-line hitam ni? hang tak takut ke kena denda nanti?"

Pftttt... Masa tu memang rasa gerun+berani. kira macam 50+50. macam tu.
Nak tau sebab apa? 
1. aku ni budak yang cepat terpengaruh. yalah, kau cuba bayangkan bila kau tengok kakak-kakak
yang atas dari kau pakai baju macam kau *dan ada yg teruk lagi dri kau*. 
kau rasa nak takut ke?
and 2. aku pun malas nak fikir. bila balik cerita dekat mak aku, mak aku cakap yang cikgu sebelah 
rumah, yang mengajar dekat sekolah aku cakap okay je. dalam buku peraturan takda pun. 
*yg baju kena lengan bercekak tu ada*.
lagi pun aku rasa membazir pulak nak membeli yang baru semata-mata nak ikut apa cakap makcik tu.

lagi satu benda yang aku takboleh lupa masa hari pertama masuk sekolah menengah.
hahahah.. bila aku dengan semua budak tingkatan satu kena beratur dekat perhimpunan.
dan kau bayangkanlah, hari pertama je dah kena sound. ye kena sound. tapi tentulah 
bukan aku dengan kawan-kawan tingkatan 1 yang lain.
percayalah. kalau korang ada dekat situ, cofirm korang pun tak sanggup nak dengar kot.
and the third is bila pertama kali kena nyanyi lagu sekolah.
habis je kena sound terus budak-budak sekolah kena nyanyi lagu.
aku dengan budak-budak tingkatan 1 lain?
kitaorang nganga je seluas mungkin sambil dalam hati cakap
"what the heck was that?!"
hahaha.. yelah serius tak faham sepatah pun apa yang diorang nyanyikan.
macam bunyi lalat ja. hahahah . LOL


to be continue.. :D

Wednesday, October 30, 2013

What's Qarin?

No comments:
Cehh... omputih gituuuw tajuknya.. ^_^

Assalamualaikum. Dah lama tau wanie tak update kat blog ni. kihkihkih.. Sorry sangat-sangat, macam wani dah cakap entry lepas yang wani sibuk sikit tahun ni dengan tahun depan. Maklumlah dah nak SPM. Tapi twitter itew tak cibuk. Hahhahahaha XD . Paaaaannngggg kena penampor T_T >https://twitter.com/wanieyzuki1


  Huhh.. korang tahu apa itu Qarin? Tak tahu? Sama la itewww, tapi itewww dah tau dah sekarang.. kahkahkah.. Pannnggggg!!!  sedas tembakan . @_@

Mengikut apa yang wani baca dari wiki dan blog-blog lain,

Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk menunjuk kepada malaikat dan jin (golongan setan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Qur'an dan dikatakan bahwa Qarin itu mengikuti manusia sejak lahir hingga mengalami ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."
Malah Rasulullah S.A.W. sendiri pun mempunyai Qarin. Cuma bezanya Allah S.W.T. telah membantu Baginda dalam mengislamkan Qarin tersebut. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu, tiba-tiba baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah. Sabda baginda apakah engkau telah dikuasai oleh syaitran? Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.

Di dalam hadis yang lain daripada Ibnu Umar r.a, mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, Allah menolong aku sehuingga dia Islam, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan".
Kesimpulannya, Qarin in ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para Nabi atau Rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Al Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan "اسلم" dalam dua pengertian :
Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan dan fitnah.
Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada vAbi Hurairah r.a :
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya dui dalam perjalanan" .


Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatan kepada Allah seperti membaca Al Quran, membaca Bismillah ketika makan, berpakaian dan sebagainya.

Ibnu Muflih Al Muqaddsi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apbila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersamanya dan begitu juga minum.

Info tambahan: Cara untuk melemahkan Jin Qarin ni, Baca Dua Kalimah Syahadah 33 kali dan Istihgfar 33kali dan hembus ke bahu kiri.

Waallahualam sumber> http://darussalam.net.my


Monday, October 14, 2013

Lama.

1 comment:

Salam alaik!!

aku tak boleh tidur sebab tu aku tulis. Kihkihkih..
Nampak tak blog aku yg hitam legam ni? Very beautiful-kan Nyah?! XD
Sambil layan lagu Nomad-Tetap Menantimu eloklah aku ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kat seluruh muslimim dan muslimat. Tak lupa pada pembaca blog merapu tak tentu hala aku... *Shreeeeeettttttt hingus dengan paper sebab terharu :'P* I'olll ucap terima kasih. Sebab sudi baca,*walau kekadang tak pernah update entry baru*. Thanks sangat. Serius cakap. Tahun ni dan tahun depan aku memang akan jarang teramat jarang akan update. Tapi selalu aku updatekan benda2 SPM dekat twitter guna hp mak guwa. Sapa-sapa sudi nak notes SPM bolehla follow atau gi baca kat twitter sayaa.. ^___^ @WanieyZuki1

 Sekian. tak larat nak tulis banyak.. tatatata... selamat pagi.. :D