Tuesday, June 5, 2012

♥ 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim ♥

No comments:
Assalamualaikum...w.b.t.. SALAM RABU... sapa tadi terlepas entry wanie tadi boleh baca kat sini >> http://belogayamgoreng.blogspot.com/2012/06/sekadar-berkongsi-sahaja-xox.html << haaa tekan link tu yew.. so hari nie wanie nak share satu info yang bermanfaat untuk kita semua.. khususnya kaum wanita... sambil tu boleh la layan JidinSengal... hohohoho... :)

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….
alhamdullilah.. moga-moga apa yang tertulis di atas mampu membantu kita nanti di sana... Amin... :)

~ Sekadar berkongsi sahaja ~ XOX

No comments:
Assalamualakum.. w.b.t. salam rabu!! so tanpa berlengah lagi wani nak share kan kat korang satu cerita hantu yang wanie ambil dari satu website... Kebetulan pulak wani jumpa cerita ini, masa wanie tengah gedik menlayan Amukan Pocong epi-1 kat satu web ni... so nak jadikan cerita wanie pon baca la story dan yesss wani nak kongsi dengan korang.. Ohhh lupa pada member wani cik Syafikah yang kena pergi ke kem once again.. sebab ganti orang yang masuk PANDU ARAH tarik diri... hehheeh by the way.. untung ko pikah sebab ko pergi 6-11 hb... 10.6 dah sekolah...tu kalau ko tak masuk final..kalau ko lulus masu final.. kena sambung sampai 18.6... hahhahahaha... how's long yaaaa... folio pon x siap...bnyak tinggal... sebab tu aq x nak pergi cos aq kena replied exam yang aq x ambek time mid term tu... huhuhuuhuh...

 hoiiisshhhh...cik wanie ni dah melalut tang mana daaaa... dah-dah baca cita kat bawak ni... Aaaauuuummmm!!! ^_^

....................................................................................................................................................................

CERITA HANTU DI HOSTEL!!!

p/s: kepada yg ada sakit jantung, ibu tengah mengadung diharap tidak membaca secara bersendiriannn.........


Mendengar cerita-cerita hantu dari senior kepada junior merupakan perkara biasa di asrama sekolah. Tidak cukup itu lagi, ia juga berlanjutan sehinggalah ke dunia hostel pelajar universiti. Pelbagai versi cerita hantu kita dengari. Jom kita dengar sebuah kisah hantu di hostel.


sumber dari melayukini.net

Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan Entah la,aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.
Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.
Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Click Here
Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.
Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap tak ada langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:
“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
Jangan jadi blogger syok sendiri
“Mana ada, semua dah tidur la..”
“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”
Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..
Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.
Melayukini.net - Seram tak? kalau tak seram, mesti hati kering. He He.. Cerita-cerita dari dunia hostel memang cukup popular, sama jugalah seperti cerita-cerita dari versi pelajar sekolah asrama.

Saturday, June 2, 2012

♥♥◕ ‿ ◕ # FingerStyle Guitar # ◕ ‿ ◕ ♥♥

No comments:
Assalamualaikum..w.b.t..
"Hey, kacak luar kacak dalam!. Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali.
Kalau kita senyum, semua orang berjangkit.
Bila semua orang senyum,
Dunia tiada penyakit!"

wahhh...tanpa memberi sebarang mukadimah CikWanie nie terus masuk menyanyi..
huhuhu... SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA!!
hampir terlupa pulak ...Salam Ahad pada anda semua yang tengah berjalan-jalan..
kat mana-mana saja...yang tengah berehat tu selamat berehat ok...
yang tengah kalut nak siapkan asignments tuu..
huhh pi siapkan lekas...nohhh... hahahha
*AYAT XBOLEH BELAHHHH*

bytheway pada hari ahad yang hening nie...
wanie nak share beberapa FINGERSTYLE GUITAR kat korang semua...
saja je tadi wanie nak cari kod gitar nak main-main...entah macam-mana terjumpa FINGERSTYLE GUITAR nie yang boleh dengar terus dari website tu....
boleh tahan jugakla....sebab dia cuma main kat tali gitar yang tempat pemengang..
sebabtu dia macam lain sikit...tapi best kot...hahhahah
so jom layan.. :)



ok kat atas ni...korang tekan button yang wanie dah merahkan tu..ok... (Y)