Friday, August 2, 2013

Hahhh!! Kahwin dengan orang tua tu???!!!!

No comments:

“Oh adindaku Husna yang cantik rupawan. Sudikah kau menerima cintaku?” seorang lelaki tua menghulurkan sekumtum bunga mawar merah. Gadis yang muda yang berkurung biru tersenyum girang seraya menerima bunga itu. “Tentulah saya sudi Abang Akop” gadis itu memintal-mintal hujung rambutnya. Lelaki tua itu apalagi, tentulah gembira saat mendengar kata-kata itu. Lantas menlompat-lompat keriangan menyebut “Yes!! Akhirnya aku akan kahwin jugak!!”. Dia berlari-lari dihadapan gadis yang tersipu malu itu. Tetapi malang tidak berbau. “Aduiiiiii!!!!!”. Lelaki itu menjerit kesakitan sambil memegang tulang belakangnya. Gadis yang berkurung biru itu tergaman. Dia meluru berlari kearah lelaki tua itu.

“Kenapa bang?” lembut saja suaranya menyapa telinga lelaki tua itu. Lelaki tua tersengih menampak giginya yang hanya tinggal beberapa batang saja. Sampaikan kalau sesiapa yang menlihatnya pasti pengsan dibuatnya.

“Hehehehe.. Tulang abang terseliuh tadi”. Lelaki itu memegang bahu gadis itu.

“Sayangku Husna, kalau abang nak kiss boleh?”. Gadis tersipu malu lantas segera menganguk. Lelaki tua setengah abad itu menyuakan bibirnya kearah pipi gadis itu. “Ohhh mak kau, jatuh!!!” terguling Husna kelantai dek jatuh dari katilnya.

“Aduhhh.. sakitnya badan aku ni!” Husna mengurut-ngurut tanganya. Seketika kemudia dia teringatkan sesuatu. “Huhh.. mana orang tua gayut tu? Mana dia?” dia mencari-cari diseluruh biliknya seperti ibu kucing yang kehilangan anaknya. Habis semua bantal-bantal dan selimut dilemparkannya kedinding.

“Huhh.. takda? Fuhhh... selamat. Kalau tak, mati-mati kahwin muda dengan orang tua tu. Huhhh” Husna mengurut dadanya yang kelihatan agak sesak. Takdapat dia bayangkan seandainya mimpi yang dialaminya tadi menjadi kenyataan. Dia menghempaskan badannya keatas katil. Lupa dia tadi akan kesakitan seluruh badan dek terjatuh dari katil sebentar tadi. Dia merenung kearah syiling yang bercat putih kemasan itu. Dia masih memikirkan akan mimpinya sebentar tadi.

“Huhhh.. takdapat aku bayangkan kalau aku kahwin dengan orang tua tu. Pasti hidup aku akan musnah! Arghhhhhhh!!!” dia menjerit ketakutan sambil berguling-guling diatas katil seperti orang dirasuk. Puan Sabariah yang mendengar jeritan anak daranya itu. Segera meluru masuk kedalam bilik anaknya itu.

“Husna! Husna! Husna! Bangun!! Kenapa ni Husna?” dia menempuk-nempuk belakang anaknya. Husna terkejut. Dia serta merta berhenti dari menjerit. Dia merenung Puan Sabariah yang berada disisinya. “Mak.. adik tak kahwin dengan orang tua tukan?” Husna mengocang bahu ibunya itu. “Kahwin dengan orang tua apa bendanya? Ni dah pukul 7 pagi dah! Adik taknak pergi sekolah ke?”. “Yelah mak, adik lupa!” Husna terus menlompat kebawah katil. Dia terus berlari sambil tangan kananya sempat mencapai tuala mandi yang sedia tersangkut di kerusi. Puan Sabariah mengeleng kepala menlihat kerenah anak bongsunya itu. “Humm.. adik. Adik”.

Friday, July 12, 2013

Review: The Conjuring

1 comment:
Assalamualaikum lovelies!! ^_^


Hohohoh.. sengaja kasi gambar atas ni besar sebab jelas sikit. Kihkihkih.. By theway, Salam Ramadhan to all the Muslim outside yang berpuasa and this post I'm gonna do a review film by James Wan. The tittle is "The Conjuring". Sebelum apa-apa wani nak share sikit dekat korang yang filem ni berdasarkan kisah sebenar dari sepasang suami-isteri Warren yang bekerja sebagai paranormal. Dan filem adalah adaptasi daripada salah satu kes yang diorang telah kendalikan. Dan kalau korang pernag tengok cerita seram SAW atau INDICIOUS mesti korang tahukan kualiti cerita-cerita tersebut, sebab filem THE CONJURING adalah penerbit dari kedua-dua filem seram tadilah.


Synopsis:

  "Penyiasat paranormal Ed and Lorraine Warren bekerja membantu sebuah keluarga yang diganggu makhluk halus yang menghuni rumah mereka. Terpaksa berhadapan dengan sebuah entiti berkuasa, Warrens mendapati diri mereka terperangkap dalam kes yang paling menakutkan dalam hidup mereka".


Cast:
Vera Farmiga as Lorraine Warren
Patrick Wilson as Ed Warren
Lili Taylor as Carolyn Perron
Ron Livingston as Roger Perron
Mackenzie Foy as Cynthia Perron
Shannon Kook as Drew Thomas
Joey King as Christine Perron
Hayley McFarland as Nancy Perron
Shanley Caswell as Andrea Perron
Kyla Deaver as April Perron
John Brotherton as Brad Hamilton
Marion Guyot as Georgiana Moran
Steve Coulter as Father Jordan
Joseph Bishara as Bathsheba

So here the trailer for this movie:

(yang ni yang real trailer)

(yang pula, yang lebih details trailer) PART:1

PART: 2

PART: 3

Pictures:




P/s: next review adalah kesinambungan CHUCKY!! tayangan Malaysia untuk cerita ni nanti wani akan inform melalui blog, okay? :')  Twitter: https://twitter.com/wanieyzuki1

Wednesday, June 26, 2013

Singkap rancangan di bulan Ramadhan: Ramadhan Yang Hilang

No comments:
Sinopsis:

Mengisahkan konflik dua beradik Zafirah (Eira) dan Delisha (Syatilla). Delisha merupakan anak angkat kepada keluarga Zafirah. Konflik berlaku apabila Delisha mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka hingga menyebabkan zafirah terasa disisih.
Delisha yang pernah didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya.Oleh itu Delisha sentiasa murung dan sering ponteng kelas.Berbeza dengan Zafirah yang periang,bijak dan bahagia dengan kasih sayang ibu bapanya Saadiah dan Zubir.

Kehidupan Zafirah berubah bila Delisha hadir dalam hidupnya. Delisha berlagak sombong dan sukar untuk Zafirah bertolak ansur.Namun,jika berlaku perselisihan faham,Zafirah sering dimarahi.Lama-kelamaan Zafirah jadi cemburu dengan Delisha kerana dilayan seperti anak emas oleh ibubapanya termasuk neneknya Maryam.

Apabila dewasa,Zafirah yang juga anak sulung terpaksa melupakan cita-citanya sebagai penulis novel.Dia terpaksa menguruskan syarikat ayahnya yang sedang mengalami masalah kewangan. Jurang antara mereka semakin besar apabila Delisha semakin rapat dengan Rafiq.Zafirah pernah menolak cinta Rafiq ketika di universiti kerana sibuk menguruskan syarikat ayahnya.

Zafirah jadi cemburu apabila cinta Rafiq beralih arah pada Delisha,tapi dia akur.Zafirah kemudiannya bertunang dengan Fitri.Kesibukan kerja membuatkan Zafirah tidak dapat meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula ditugaskan di luar Kuala Lumpur bersama Delisha. Lama-kelamaan,Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka bercinta.

Fitri kemudian memutuskan pertunangannya dengan Zafirah.Zafirah redha namun dia tekad untuk berbaik-baik lagi Delisha.Zafirah bertambah marah,bila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat pertama kali,Zafirah bergaduh besar dengan Delisha hingga menyebabkan Delisha membawa diri ke luar negara.

Apabila tiba 1 Ramadhan ia detik yang sukar buat Zafirah,Zubir dan Saadiah.Bagi mereka,ia ibarat Ramdhan yang hilang. Selepas tiga tahun,kepulangan Delisha dengan seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan mereka. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apa yang berlaku seterusnya?


Jumlah Episod : 18 Episod
Mula tayangan : 26 Jun 2013
Waktu tayangan : Isnin-Rabu 10 malam
TONTON RYH di : SINI!

sumber:malaymovie.com