Wednesday, December 23, 2015

November and Disember Haul of 2015!!!

No comments:
Assalamualaikum and hye guys!!
So, Im back! Im actually quite really excited to update my new entry.
Since its tooo long i been M.I.A for a reason.
So yeah! Let's get on actual entry!!

To be honestly, i really want to update every single pieces that i faces entire of my life.
But something keep me to not do that and think this would be awkward  i meant really awkward you know for someone whos been M.I.A. then make a comeback. XP
So i hope this Haul entry would be a treasure for me in future and ofcos my love one.. miahahahahah..

Disclaimer: If you a someone, who really dont like haul video and stuff like that. This entry/blog really not for you.
 
                                    Wani XOXO.

First thing that i got was baju kurung :


The red one from Jakel while the green from Gene Martino.
Both this was wear for my brother reception.

Actually i was thinking i want to wear red abaya but my dad bought this red baju kurung, so.
:D


Then i bought a bunch of comic, biography, novel and stationary that all of that i bought using my own money except for Act Like A Lady, Think Like A Man. Knew me, im not someone whos really like to read a novel (novel tipikal cinta melayu la, nyah XD) because i hate to had a feeling " you haven't finish it yet, but you already can guess what it will going on".blurghh...

Next, the things that i was bought on-line:


Benefit make-up kit with traveling pouch.
I tell you what, i really...realllllyyyy want this makeup brand so badly, and the time i saw this online it was on sale!! HAHHAHAHAH.... SO HAPPY ENDING YÁLL.


Next, makep up pouch with gold sequin. This sequin pouch also was my top list. I been searching like for a long time. You know, looking for a great price. To make sad, it was sale after i bought 
: 2 for RM 50 inc pos. :0



this is my very first time ever i use BBW prouduct. This i got from instagram online shop.



Victoria Secret also is first time ever i tried their product. At first time, i wanted to buy the strawberry one but currently it out of stock. But this Mango Temptation smell really nice. Knew me, im really dont like to wear a perfume everyday because i cant stand with smell. But this Mango Temptation really different. Higher RECOMMEND!!! Ohyeah you can got also, just check @lurve_victoriasecret on instagram. They selling authentic VS and BBW. Go and check em!!!





Next i got Furry Love from Nine West at SOGO KL. My review for this perfume was i thought it has two but then... gotcha!! HAHAHAHAHAH... The white box had strong smell that i dont very like it but when spray the perfume... it nice and strong... and last longer but not my fav. 


Last but not least, i bought this cutie mandarin tin from Crabtree and Evelyn,LONDON at SOGO. You know what, actually i really wanted to buy a christmas promotion from THE BODY SHOP but then i already spent RM 150 for this... so... muahahahah.. ohh didnt I say it is musical madarin tin with hand therapy lotion???!!


I love it all the smell and price for not to pricey because it on the sale (normal price RM 338!!), so how can i not buy it. And at the same time it like a reward for me this year, and yeah i bought this with using my own money. I worked. PERIOD.

So that all for this time. Thank you for reading my entry. May Allah SWT bless you. KEEP POSITIVE and LEFT NEGATIVE BEHIND YOU!!! Till thenn...

Saturday, January 10, 2015

Kemas kini.

1 comment:


Assalamualaikum. Apo khabor, semua?

Takpa kan kalau gua bahasakan diri gua dengan gua?
Yela, mana tau kalau ada yang terasa dengan kekasaran diri ku ini. Kuikuikui.
Last post, gua ada cerita (kalau korang baca la) yang gua akan slow-kan sikit dalam dunia alam maya ni.
Ikutkan taklah sangat. Malah gua dengan senang hati bercengkerama dengan Kim K.
Erggg.. I mean, game Kim Kardashian lah. Hahhahaha. K, tak lawak. -,-
Tapi serious gua cakap yang twitter dah berkurun juga lah gua tak update.
Kalau bukak pun sekadar usha-usha twitt then pangkah kat tab.
Tapi tadi gua dah deactive-kan gua punya twitter sebab terlampau banyak sangat laman sosial sampai tak menang tangan. Maklumlah, guakan F.E.M.E.S. hahhahaha. k. Tak. Sebenarnya. T____T

Ni pun gua ambil keputusan pun sebab handphone gua (abah gua sebonarnya. hiks) dah rosak sejak 2 malam lepas. Sedih jugak lah takdapat nak main game Kim K. T___T
Tapi alhamdulilah, mungkin ada hikmah juga kan?:')
Nak-nak pula gua dah janji dengan diri gua nak kurang apa yang perlu.
Kalau macam tahun lepas gua sibuk dengan macam-macam benda.
Seperti sibuk dengan spm, bengkel kecemerlangan, cuti-cuti malaysia, kem pkbm(persatuan kedat bersatu malaysia. Dan. Alhamdulilah gua dengan keluarga diberi kesempatan untuk berkunjung ke rumahNya yakni Mekkah dan Madinah. Dapat la juga gua beristirat dekat 2 minggu kat sana.
Tapi nangis juga la. Sebab balik Malaysia dah kena fikir pasal peperiksaan pertengahan tahun dengan kem pkbm. Dah la gua bertolak hari rabu kesana. hari tu jugaklah hari cikgu buat latihan menembak. Tapi alhamdulilah sekali lagi . Bila time pemilihan menembak gua dapat. Yang paling tak best gua dapat juga masuk merentas halangan. Honestly gua story dekat korang, dalam banyak2 acara, acara ni la paling gua nak elak sekali dari masuk. Serious cerita gua lagi sanggup lari almost 3 ke 4 km dalam hutan dari masuk pertandingan ni. hahhaha.. Tapi tu la. Kuasa Allah. Dia permudahkan acara tu dan gua pun yang sepatutnya bertanding dengan angkuh dan takbur menyuruh budak junior masuk ganti tempat aku. Hahhahaha... Pandai dak? BTW, merentas halang dapat no-3 peringkat sekolah. (actually ada masalah kekiraan kat sini. Faham2 sajalah ye)

Teka, yang mana aku? Hhahahahah.

Okaylah tu. Kang aku masuk aku menangis ja sepanjang acara tu kang sezaman malu sekolah aku kot hahahhaha.

Haaaa... Gua nak selit sikit la fasal persediaan aku untuk spm.
Serious cakap, awal tahun memang padat dengan aktiviti, baik di sekolah atau di luar.
Imagine lah, gua baru beberapa minggu balik dari Umrah dah kena mengadap kem PKBM.
Dahlah bukan sehari dua. Hampir dua minggu juga la kalau tak silap.
Lepas balik dari kem pula terus mengadap mid term pulak.
Sedih kan? Boleh buat novel ni. T___T
Tapi serious gua cakap sewaktu sebelum mengadap mid term means masa gua duduk dalam kem, gua takda pun buat ulangkaji semua ni. Yelah... camna nak ulangkaji kalau pukul 10-11 malam masih tercegak lagi dekat padang kawad? Imagine plisss??

Balik dari kem pun macam tu je. Yelah kalau kerja sekolah pun nak siap dah sampai 2-3 pagi. Nak ulangkaji apa benda lagi?Tak ke penat tu. Sebab tu la habis sekolah je, lepas lunch gua terus tidur takda nya nak tengok telenovela bagai fikir nak bayar hutang semalam ja yang berjaga 2-3 pagi tu.
Tapi alhamdulilah 6 subjek dari 10 gua skor C+ . hahahaha.. bangga dak omak? Eh?

Ni la muka-muka yang selalu dok menghafal satu buku sebelum exam. Gambar ni diambil masa reunion haritu tapi girlss je. kuikuikuiku.

Okaylah taknak cerita banyak kang kalau tulis panjang-panjang pun bukan orang baca. hahhahaha
Dikesempatan ni nak ucap tq so much dekat member2 diatas terutama NurKamalia(yang duduk bertentangan dengan gua tu) dan Nur Syafikah(takda dalam gambar) sebab koranglah yang rajin perbetulkan balik bacaan-bacaan dari buku2 yang sekarang kalau ingat rasa macam koma sebulan rasanya. Dan thanks pada seluruh rakan kelas walaupun masa last payper haritu korang tak keluar(kecuali sorang) dan korang dengar cakap gua untuk tunggu dan makan together-together and selfie sesama(walau hakikatnya tak) . Thanks.. korang dah aku anggap macam adik-beradik sendiri. Hahahhaahahahha....Apa yang aku mengarut ni. BTW, aku doa korang berjaya dalam apa jua yang korang ceburi and InsyaAllah gua ada harapan dengan Haha. Okay tak lawak. Serious kalau kau(Haha) baca mohon jangan gelak kang aku tembak senapang gajah baru tahu. Eh? Tetiba je. Okay.


Assalamualaikum. :') See ya!

Tuesday, January 6, 2015

Salam 2015!

No comments:

Helloooo ebibadeh!!! Hhahaa
Assalamualaikum. 



Saja tau nak tempek gambar besor ni. Incase korang dah lupa siapa wani. Hihihihi
Tapi dah kenapa dengan panda tu?
Adakah kerana ingin menunjukkan kepada rakyat jelata yg wani baru pulang dari
melihat panda di zoo negara?
Arghhhh.... !!!!!
Totally korang salah.
hhahahahha
Saja je nak letak pic tu. Geggeegegge

Okay, kembali ke cerita asal.

Mak panda nak cakap selamat tahun baru walaupun dah 6 jan, tetap tak kira nak ucap juga. Semoga bila dah nak masuk 18 tahun ni, mak panda semakin matang dan semakin maintain kekurusan itu. Hiks. Btw, mak panda berazam nak kurang bersosial di laman sosial dan lebih sosial di rumah. Seperti menolong mak kepada mak panda memasak dan lain2. Hahahahaha... Ehh... terbanyak cakap pulak. Nampak? BMT pun tak boleh ni sebab yang mudah sahaja dah salah. Kuikuikui. Btw, selamat tahun baru.

nampak tak?
Ayat Instagram sangat.
grrrr...



Wednesday, July 23, 2014

Spm, penentu masa hadapan?

No comments:
credit(here)

“Alaa.. kalau dapat 10 A’s pun belum tentu masuk universiti keluar dapat kerja bagus!”
Memang. 
Sapa cakap kalau keluar dari universiti dengan pangkat 4 flat, kau dah tentu akan dapat kerja.
 Tapi kau kena ingat. 
Kita manusia. 
Kita juga mempunyai hak. 
Wlaupun sikit, tapi ia cukup memadai  untuk mengubah sesuatu dari tak ‘bernyawa’ ke ‘bernyawa’.  
Even, Allah SWT had said “Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.  ” Quran 13:11.

 See? Allah, dah bagi hint dah kat kita. 
Tapi. Cuma. Kita yang tak sedar akan perintahNya, kan?
Even, sometime yang dah berjalan pun boleh tergelincir, apatah lagi kita yang baru nak merangkak.
Kan?

Slow-slow lah. Allah tahu . Dan kau pun tahu. 
Yang kau sekarang sedang 'belajar'.

*smile :)

#ramadhan #day24 *this is timing post

Sunday, July 20, 2014

Ntah..

No comments:


Ntah..
Semakin aku nak dekat dengan hang..
Semakin tu juga aku rasa jauh dari hang..

Ntah..
Aku rasa macam ada sesuatu yang cakap dekat aku..
Sesuatu yang aku rasa aku tak boleh nak lafaz dengan kata-kata...
Sesuatu yang aku rasa aku pun tak pasti..
Tapi aku tahu..
Itu semua dari Allah..
Dia taknak aku kembali ke dunia jahiliyah..
Dia taknak aku jadi macam aku yang 'dulu'..
Dengan lafaz bismillah..
Aku kini kejauhan..
Tapi..
Setiap kali aku kejauhan..
Pasti Allah temukan aku dengan orang-orang baik..
alhamdulilah..
yang kemarin biarkan berlalu..
yang hari ini...
teruskan perjalanan..

#ramadhan #day21 ini post yg dah ditimekan.

Saturday, July 19, 2014

Kan?

No comments:


credit> picture


perasan atau tidak.. benda yg dulu kita selalu cakap fasal seseorang,
sekarang sedang/sudah kembali kepada kita?

kan?

#ramadhan #day21 

Thursday, July 17, 2014

Kita yang terlena.... #PrayForMH17

No comments:



setelah peringatan demi peringatan,
kita diberi olehNya..
tapi kenapa kita masih tidak ada perubahan?
kenapa kita masih ditakok yang lama?
kenapa kita masih melakukan kemungkaran di bumiNya?
adakah kerana kita beruntung tidak dipilih olehNya?
adakah kerana kita berasa terlalu hebat sehingga tidak diambil olehNya?


ingatlah wahai sahabat...
mati tidak menunggu kita..
sebentar nanti atau selepas aku menulis ini boleh saja aku atau kita diambil olehNya...
marilah sahabat...
marilah kita manfaatkan 10 ramadhan yang terakhir ini dengan mendekatkan diri kepadaNya..

moga-moga kita bukan di golongan yang rugi..
insyaallah..
‪#‎prayforMH17‬ ‪#‎prayforPalestin‬ ‪#‎prayforSyria‬ ‪#‎prayforMesir‬‪#‎prayforRohingya‬ ‪#‎prayforMalaysia‬..


Wednesday, July 2, 2014

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan, kawan-kawan!! :D #SuratChentaDariAllah!!

No comments:

Assalamualaikum... :D


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Surah Al Baqarah 183.

Saturday, December 21, 2013

2014. :') #tbt #form1

No comments:
Assalamualaikum. and Hey! :')

p/s: huhuhu... tulis siap-siap, sebab takut nanti terlupa pula. :') 

Ya Allah, boleh kira berapa hari saja lagi nak masuk tahun 2014.
Pejam celik pejam celik. Heyyy,.. gua dah jadi senior dah kat sekolah gua! hahaha.
macam tak percaya pun ada. serius baq hang!
rasa macam semalam ja masuk sekolah menengah, dengan pakai baju sekolahnya
yang pastinya ada seorang kawan aku ni cakap:

"wey, awat hang pakai baju,lengan tak bercekak?"
and
"ni baju sekolah dengan kain sekolah, apasal kain licin?"
and
"kasut sekolah hang apasal ada line-line hitam ni? hang tak takut ke kena denda nanti?"

Pftttt... Masa tu memang rasa gerun+berani. kira macam 50+50. macam tu.
Nak tau sebab apa? 
1. aku ni budak yang cepat terpengaruh. yalah, kau cuba bayangkan bila kau tengok kakak-kakak
yang atas dari kau pakai baju macam kau *dan ada yg teruk lagi dri kau*. 
kau rasa nak takut ke?
and 2. aku pun malas nak fikir. bila balik cerita dekat mak aku, mak aku cakap yang cikgu sebelah 
rumah, yang mengajar dekat sekolah aku cakap okay je. dalam buku peraturan takda pun. 
*yg baju kena lengan bercekak tu ada*.
lagi pun aku rasa membazir pulak nak membeli yang baru semata-mata nak ikut apa cakap makcik tu.

lagi satu benda yang aku takboleh lupa masa hari pertama masuk sekolah menengah.
hahahah.. bila aku dengan semua budak tingkatan satu kena beratur dekat perhimpunan.
dan kau bayangkanlah, hari pertama je dah kena sound. ye kena sound. tapi tentulah 
bukan aku dengan kawan-kawan tingkatan 1 yang lain.
percayalah. kalau korang ada dekat situ, cofirm korang pun tak sanggup nak dengar kot.
and the third is bila pertama kali kena nyanyi lagu sekolah.
habis je kena sound terus budak-budak sekolah kena nyanyi lagu.
aku dengan budak-budak tingkatan 1 lain?
kitaorang nganga je seluas mungkin sambil dalam hati cakap
"what the heck was that?!"
hahaha.. yelah serius tak faham sepatah pun apa yang diorang nyanyikan.
macam bunyi lalat ja. hahahah . LOL


to be continue.. :D

Wednesday, October 30, 2013

What's Qarin?

No comments:
Cehh... omputih gituuuw tajuknya.. ^_^

Assalamualaikum. Dah lama tau wanie tak update kat blog ni. kihkihkih.. Sorry sangat-sangat, macam wani dah cakap entry lepas yang wani sibuk sikit tahun ni dengan tahun depan. Maklumlah dah nak SPM. Tapi twitter itew tak cibuk. Hahhahahaha XD . Paaaaannngggg kena penampor T_T >https://twitter.com/wanieyzuki1


  Huhh.. korang tahu apa itu Qarin? Tak tahu? Sama la itewww, tapi itewww dah tau dah sekarang.. kahkahkah.. Pannnggggg!!!  sedas tembakan . @_@

Mengikut apa yang wani baca dari wiki dan blog-blog lain,

Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk menunjuk kepada malaikat dan jin (golongan setan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Qur'an dan dikatakan bahwa Qarin itu mengikuti manusia sejak lahir hingga mengalami ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."
Malah Rasulullah S.A.W. sendiri pun mempunyai Qarin. Cuma bezanya Allah S.W.T. telah membantu Baginda dalam mengislamkan Qarin tersebut. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu, tiba-tiba baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah. Sabda baginda apakah engkau telah dikuasai oleh syaitran? Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.

Di dalam hadis yang lain daripada Ibnu Umar r.a, mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, Allah menolong aku sehuingga dia Islam, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan".
Kesimpulannya, Qarin in ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para Nabi atau Rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Al Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan "اسلم" dalam dua pengertian :
Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan dan fitnah.
Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada vAbi Hurairah r.a :
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya dui dalam perjalanan" .


Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatan kepada Allah seperti membaca Al Quran, membaca Bismillah ketika makan, berpakaian dan sebagainya.

Ibnu Muflih Al Muqaddsi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apbila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersamanya dan begitu juga minum.

Info tambahan: Cara untuk melemahkan Jin Qarin ni, Baca Dua Kalimah Syahadah 33 kali dan Istihgfar 33kali dan hembus ke bahu kiri.

Waallahualam sumber> http://darussalam.net.my


Monday, October 14, 2013

Lama.

1 comment:

Salam alaik!!

aku tak boleh tidur sebab tu aku tulis. Kihkihkih..
Nampak tak blog aku yg hitam legam ni? Very beautiful-kan Nyah?! XD
Sambil layan lagu Nomad-Tetap Menantimu eloklah aku ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kat seluruh muslimim dan muslimat. Tak lupa pada pembaca blog merapu tak tentu hala aku... *Shreeeeeettttttt hingus dengan paper sebab terharu :'P* I'olll ucap terima kasih. Sebab sudi baca,*walau kekadang tak pernah update entry baru*. Thanks sangat. Serius cakap. Tahun ni dan tahun depan aku memang akan jarang teramat jarang akan update. Tapi selalu aku updatekan benda2 SPM dekat twitter guna hp mak guwa. Sapa-sapa sudi nak notes SPM bolehla follow atau gi baca kat twitter sayaa.. ^___^ @WanieyZuki1

 Sekian. tak larat nak tulis banyak.. tatatata... selamat pagi.. :D

Friday, August 2, 2013

Hahhh!! Kahwin dengan orang tua tu???!!!!

No comments:

“Oh adindaku Husna yang cantik rupawan. Sudikah kau menerima cintaku?” seorang lelaki tua menghulurkan sekumtum bunga mawar merah. Gadis yang muda yang berkurung biru tersenyum girang seraya menerima bunga itu. “Tentulah saya sudi Abang Akop” gadis itu memintal-mintal hujung rambutnya. Lelaki tua itu apalagi, tentulah gembira saat mendengar kata-kata itu. Lantas menlompat-lompat keriangan menyebut “Yes!! Akhirnya aku akan kahwin jugak!!”. Dia berlari-lari dihadapan gadis yang tersipu malu itu. Tetapi malang tidak berbau. “Aduiiiiii!!!!!”. Lelaki itu menjerit kesakitan sambil memegang tulang belakangnya. Gadis yang berkurung biru itu tergaman. Dia meluru berlari kearah lelaki tua itu.

“Kenapa bang?” lembut saja suaranya menyapa telinga lelaki tua itu. Lelaki tua tersengih menampak giginya yang hanya tinggal beberapa batang saja. Sampaikan kalau sesiapa yang menlihatnya pasti pengsan dibuatnya.

“Hehehehe.. Tulang abang terseliuh tadi”. Lelaki itu memegang bahu gadis itu.

“Sayangku Husna, kalau abang nak kiss boleh?”. Gadis tersipu malu lantas segera menganguk. Lelaki tua setengah abad itu menyuakan bibirnya kearah pipi gadis itu. “Ohhh mak kau, jatuh!!!” terguling Husna kelantai dek jatuh dari katilnya.

“Aduhhh.. sakitnya badan aku ni!” Husna mengurut-ngurut tanganya. Seketika kemudia dia teringatkan sesuatu. “Huhh.. mana orang tua gayut tu? Mana dia?” dia mencari-cari diseluruh biliknya seperti ibu kucing yang kehilangan anaknya. Habis semua bantal-bantal dan selimut dilemparkannya kedinding.

“Huhh.. takda? Fuhhh... selamat. Kalau tak, mati-mati kahwin muda dengan orang tua tu. Huhhh” Husna mengurut dadanya yang kelihatan agak sesak. Takdapat dia bayangkan seandainya mimpi yang dialaminya tadi menjadi kenyataan. Dia menghempaskan badannya keatas katil. Lupa dia tadi akan kesakitan seluruh badan dek terjatuh dari katil sebentar tadi. Dia merenung kearah syiling yang bercat putih kemasan itu. Dia masih memikirkan akan mimpinya sebentar tadi.

“Huhhh.. takdapat aku bayangkan kalau aku kahwin dengan orang tua tu. Pasti hidup aku akan musnah! Arghhhhhhh!!!” dia menjerit ketakutan sambil berguling-guling diatas katil seperti orang dirasuk. Puan Sabariah yang mendengar jeritan anak daranya itu. Segera meluru masuk kedalam bilik anaknya itu.

“Husna! Husna! Husna! Bangun!! Kenapa ni Husna?” dia menempuk-nempuk belakang anaknya. Husna terkejut. Dia serta merta berhenti dari menjerit. Dia merenung Puan Sabariah yang berada disisinya. “Mak.. adik tak kahwin dengan orang tua tukan?” Husna mengocang bahu ibunya itu. “Kahwin dengan orang tua apa bendanya? Ni dah pukul 7 pagi dah! Adik taknak pergi sekolah ke?”. “Yelah mak, adik lupa!” Husna terus menlompat kebawah katil. Dia terus berlari sambil tangan kananya sempat mencapai tuala mandi yang sedia tersangkut di kerusi. Puan Sabariah mengeleng kepala menlihat kerenah anak bongsunya itu. “Humm.. adik. Adik”.

Friday, July 12, 2013

Review: The Conjuring

1 comment:
Assalamualaikum lovelies!! ^_^


Hohohoh.. sengaja kasi gambar atas ni besar sebab jelas sikit. Kihkihkih.. By theway, Salam Ramadhan to all the Muslim outside yang berpuasa and this post I'm gonna do a review film by James Wan. The tittle is "The Conjuring". Sebelum apa-apa wani nak share sikit dekat korang yang filem ni berdasarkan kisah sebenar dari sepasang suami-isteri Warren yang bekerja sebagai paranormal. Dan filem adalah adaptasi daripada salah satu kes yang diorang telah kendalikan. Dan kalau korang pernag tengok cerita seram SAW atau INDICIOUS mesti korang tahukan kualiti cerita-cerita tersebut, sebab filem THE CONJURING adalah penerbit dari kedua-dua filem seram tadilah.


Synopsis:

  "Penyiasat paranormal Ed and Lorraine Warren bekerja membantu sebuah keluarga yang diganggu makhluk halus yang menghuni rumah mereka. Terpaksa berhadapan dengan sebuah entiti berkuasa, Warrens mendapati diri mereka terperangkap dalam kes yang paling menakutkan dalam hidup mereka".


Cast:
Vera Farmiga as Lorraine Warren
Patrick Wilson as Ed Warren
Lili Taylor as Carolyn Perron
Ron Livingston as Roger Perron
Mackenzie Foy as Cynthia Perron
Shannon Kook as Drew Thomas
Joey King as Christine Perron
Hayley McFarland as Nancy Perron
Shanley Caswell as Andrea Perron
Kyla Deaver as April Perron
John Brotherton as Brad Hamilton
Marion Guyot as Georgiana Moran
Steve Coulter as Father Jordan
Joseph Bishara as Bathsheba

So here the trailer for this movie:

(yang ni yang real trailer)

(yang pula, yang lebih details trailer) PART:1

PART: 2

PART: 3

Pictures:




P/s: next review adalah kesinambungan CHUCKY!! tayangan Malaysia untuk cerita ni nanti wani akan inform melalui blog, okay? :')  Twitter: https://twitter.com/wanieyzuki1

Wednesday, June 26, 2013

Singkap rancangan di bulan Ramadhan: Ramadhan Yang Hilang

No comments:
Sinopsis:

Mengisahkan konflik dua beradik Zafirah (Eira) dan Delisha (Syatilla). Delisha merupakan anak angkat kepada keluarga Zafirah. Konflik berlaku apabila Delisha mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka hingga menyebabkan zafirah terasa disisih.
Delisha yang pernah didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya.Oleh itu Delisha sentiasa murung dan sering ponteng kelas.Berbeza dengan Zafirah yang periang,bijak dan bahagia dengan kasih sayang ibu bapanya Saadiah dan Zubir.

Kehidupan Zafirah berubah bila Delisha hadir dalam hidupnya. Delisha berlagak sombong dan sukar untuk Zafirah bertolak ansur.Namun,jika berlaku perselisihan faham,Zafirah sering dimarahi.Lama-kelamaan Zafirah jadi cemburu dengan Delisha kerana dilayan seperti anak emas oleh ibubapanya termasuk neneknya Maryam.

Apabila dewasa,Zafirah yang juga anak sulung terpaksa melupakan cita-citanya sebagai penulis novel.Dia terpaksa menguruskan syarikat ayahnya yang sedang mengalami masalah kewangan. Jurang antara mereka semakin besar apabila Delisha semakin rapat dengan Rafiq.Zafirah pernah menolak cinta Rafiq ketika di universiti kerana sibuk menguruskan syarikat ayahnya.

Zafirah jadi cemburu apabila cinta Rafiq beralih arah pada Delisha,tapi dia akur.Zafirah kemudiannya bertunang dengan Fitri.Kesibukan kerja membuatkan Zafirah tidak dapat meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula ditugaskan di luar Kuala Lumpur bersama Delisha. Lama-kelamaan,Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka bercinta.

Fitri kemudian memutuskan pertunangannya dengan Zafirah.Zafirah redha namun dia tekad untuk berbaik-baik lagi Delisha.Zafirah bertambah marah,bila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat pertama kali,Zafirah bergaduh besar dengan Delisha hingga menyebabkan Delisha membawa diri ke luar negara.

Apabila tiba 1 Ramadhan ia detik yang sukar buat Zafirah,Zubir dan Saadiah.Bagi mereka,ia ibarat Ramdhan yang hilang. Selepas tiga tahun,kepulangan Delisha dengan seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan mereka. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apa yang berlaku seterusnya?


Jumlah Episod : 18 Episod
Mula tayangan : 26 Jun 2013
Waktu tayangan : Isnin-Rabu 10 malam
TONTON RYH di : SINI!

sumber:malaymovie.com

Sunday, June 2, 2013

Izzue Islam Sah Bergelar Suami Kepada Awin Nurin!

No comments:

  Assalamualaikum.. Hanya sekali lafaz, Izzue Islam, 23 telah sah menjadi suami kepada pasangannya iaitu Awin Nurin. Majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Shah Alam pada jam 9;45 pagi tadi diijabkabulkan sendiri oleh bapa Awin iaitu Waharudin Jonit, 58 dengan mas kawin 11 dinar dan wang hantaran sebanyak RM 11,111,11.


Menurut Izzue, perkenalannye dengan Awin adalah pada ketika dia bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue selepas dia menceburi bidang lakonan pada tahun 2009.Majlis resepsi pasangan ini akan di’adakan pada tengahari ini bertempat di Dewan Shah Alam juga & mengambil konsep indoor garden sebagai tema.


NOTA KAKI: Ohohoohh.. taniah-taniah! Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Amin.. credit story and photos to> ROTIKAYA

Sunday, May 26, 2013

Review: Love in Disguise(Movie)

No comments:
Assalamualaikum..

  "Ni bu zi dao wao wei shen me li kai ni, Wo jian chi bu neng shou feng ren ni ku qi"  Ni bu zi dao de shi by Leehom Wang. Lirik lagu tu asyik dok legar-legar dalam otak wani sejak dua menjak tiga menjak ni. Haishhh.. tak tau kenapa lepas tengok satu cerita Taiwan *lupa tajuk apa(please forgive me T_T)* jadi macam ketagih nak tengok cerita Taiwan. Bukan sebab pelakon lelaki kacak yang menjadi hero dalam drama tu menjadikan drama tu seronok untuk ditonton tapi diorang punya pertuturan dalam bahasa cina tu menjadikan something special for me.. ekekekek :P

  Dan salah satu movie Taiwan yang menjadi pilihan pada kali ini ialah "LOVE in DISGUISE"!! Hoyeahhh.. movie ni giler best *for wani-la :P* !! Dia punya starting sampai ending dia lain dari yang lain. Kalau korang tak caya, moh kita review sikit movie ni.. :)


Sinopsis:

  LOVE in DISGUISE mengisahkan Du Minghan yang merupakan seorang bintang terkenal yang secara tidak sengaja telah bertemu dengan Song Xiaoqing, seorang yang pakar bermain dengan alat muzik cina, Guzheng. Selepas kejadian itu, Du Minghan telah bertekad untuk belajar di sebuah kolej yang mana merupakan tempat Song Xiaoqing belajar. Dengan bantuan seorang pereka fesyen,Du Minghan dan sahabatnya telah menyamar untuk menjejaki Song Xiaoqing. Song Xiaoqing yang pada mulanya menyukai Mu Fan, senior mereka telah menulis surat kepada Mu Fan. Namun atas sebab tertentu Song Xiaoqing tidak menyerahkan surat tersebut kepada Mu Fan. 

Pelakon2 LID:


LeeHom Wang as Du Minghan


Liu Yifei as Song Xiaoqing


Qioa Zhengyu as Mu Fan



  ok sekarang tibalah soundtrack movie ni pulak.. hehhehe :)


Yang ni memang favorite lah. Haritu leehom datang Malaysia nyanyi lagu ni dengan NajwaLatif. Start dari tu terus fall in love with leehom punya muzik... nak tengok video Najwa feat leehom dan solo dari Najwa? Sila scroll bawah ye.. :D


PESANAN PENAJA: selamat menonton. rank untuk movie ni wani bagi 3/5 bintang dari semua aspek. lagu dia bestkan? :')

Sunday, April 28, 2013

Repost! #SoUndercover #Review #WatchOnline

No comments:

  Assalamualaikum and Hey guys!!
Sudahkah korang menonton SoUndercover lakonan MileyCyrus dan ramai lagi??
Belum??? Kalau belum, moh usha link-link kat bawah ni.. Bagi yang nak tengok trailer pun ada dibawah ni!! :)

Review SoUndercover: http://belogayamgoreng.blogspot.com/2012/12/review-so-undercover.html

Tonton/Download SoUndercover: http://belogayamgoreng.blogspot.com/2013/03/finally-tonton-so-undercover-full-movie.html

Selamat menonton semua!! 




Thursday, April 18, 2013

Makanan yang berkaitan dengan Khinzir..

3 comments:
Assalamualaikum... :D

Sejak dua menjak tiga menjak ni.. wani suka baca novel yang berkaitan islamik tapi still sempoi cara penulis ingin mensampaikan mesej.. Macam, 'Amir Minah Macho' karya Ummu Wafa. Mula-mula beli, ingatkan novel tu gila-gila tahap gaban, tapi bila diteliti isinya banyak terdapat unsur-unsur islamik didalamnya. Alhamdullilah.. takdalah part-part yang tak berkenan tu.. Kihkihkih... :P.. Dan dalam novel tu ada cakap sikit mengenai makanan halal. Jadi wani nak share sikit mengenai nama-nama saintifik untuk khinzir didalam makanan..



1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi.
sekian.. wahhualam..