Showing posts with label kawad kaki. Show all posts
Showing posts with label kawad kaki. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Kemas kini.

1 comment:


Assalamualaikum. Apo khabor, semua?

Takpa kan kalau gua bahasakan diri gua dengan gua?
Yela, mana tau kalau ada yang terasa dengan kekasaran diri ku ini. Kuikuikui.
Last post, gua ada cerita (kalau korang baca la) yang gua akan slow-kan sikit dalam dunia alam maya ni.
Ikutkan taklah sangat. Malah gua dengan senang hati bercengkerama dengan Kim K.
Erggg.. I mean, game Kim Kardashian lah. Hahhahaha. K, tak lawak. -,-
Tapi serious gua cakap yang twitter dah berkurun juga lah gua tak update.
Kalau bukak pun sekadar usha-usha twitt then pangkah kat tab.
Tapi tadi gua dah deactive-kan gua punya twitter sebab terlampau banyak sangat laman sosial sampai tak menang tangan. Maklumlah, guakan F.E.M.E.S. hahhahaha. k. Tak. Sebenarnya. T____T

Ni pun gua ambil keputusan pun sebab handphone gua (abah gua sebonarnya. hiks) dah rosak sejak 2 malam lepas. Sedih jugak lah takdapat nak main game Kim K. T___T
Tapi alhamdulilah, mungkin ada hikmah juga kan?:')
Nak-nak pula gua dah janji dengan diri gua nak kurang apa yang perlu.
Kalau macam tahun lepas gua sibuk dengan macam-macam benda.
Seperti sibuk dengan spm, bengkel kecemerlangan, cuti-cuti malaysia, kem pkbm(persatuan kedat bersatu malaysia. Dan. Alhamdulilah gua dengan keluarga diberi kesempatan untuk berkunjung ke rumahNya yakni Mekkah dan Madinah. Dapat la juga gua beristirat dekat 2 minggu kat sana.
Tapi nangis juga la. Sebab balik Malaysia dah kena fikir pasal peperiksaan pertengahan tahun dengan kem pkbm. Dah la gua bertolak hari rabu kesana. hari tu jugaklah hari cikgu buat latihan menembak. Tapi alhamdulilah sekali lagi . Bila time pemilihan menembak gua dapat. Yang paling tak best gua dapat juga masuk merentas halangan. Honestly gua story dekat korang, dalam banyak2 acara, acara ni la paling gua nak elak sekali dari masuk. Serious cerita gua lagi sanggup lari almost 3 ke 4 km dalam hutan dari masuk pertandingan ni. hahhaha.. Tapi tu la. Kuasa Allah. Dia permudahkan acara tu dan gua pun yang sepatutnya bertanding dengan angkuh dan takbur menyuruh budak junior masuk ganti tempat aku. Hahhahaha... Pandai dak? BTW, merentas halang dapat no-3 peringkat sekolah. (actually ada masalah kekiraan kat sini. Faham2 sajalah ye)

Teka, yang mana aku? Hhahahahah.

Okaylah tu. Kang aku masuk aku menangis ja sepanjang acara tu kang sezaman malu sekolah aku kot hahahhaha.

Haaaa... Gua nak selit sikit la fasal persediaan aku untuk spm.
Serious cakap, awal tahun memang padat dengan aktiviti, baik di sekolah atau di luar.
Imagine lah, gua baru beberapa minggu balik dari Umrah dah kena mengadap kem PKBM.
Dahlah bukan sehari dua. Hampir dua minggu juga la kalau tak silap.
Lepas balik dari kem pula terus mengadap mid term pulak.
Sedih kan? Boleh buat novel ni. T___T
Tapi serious gua cakap sewaktu sebelum mengadap mid term means masa gua duduk dalam kem, gua takda pun buat ulangkaji semua ni. Yelah... camna nak ulangkaji kalau pukul 10-11 malam masih tercegak lagi dekat padang kawad? Imagine plisss??

Balik dari kem pun macam tu je. Yelah kalau kerja sekolah pun nak siap dah sampai 2-3 pagi. Nak ulangkaji apa benda lagi?Tak ke penat tu. Sebab tu la habis sekolah je, lepas lunch gua terus tidur takda nya nak tengok telenovela bagai fikir nak bayar hutang semalam ja yang berjaga 2-3 pagi tu.
Tapi alhamdulilah 6 subjek dari 10 gua skor C+ . hahahaha.. bangga dak omak? Eh?

Ni la muka-muka yang selalu dok menghafal satu buku sebelum exam. Gambar ni diambil masa reunion haritu tapi girlss je. kuikuikuiku.

Okaylah taknak cerita banyak kang kalau tulis panjang-panjang pun bukan orang baca. hahhahaha
Dikesempatan ni nak ucap tq so much dekat member2 diatas terutama NurKamalia(yang duduk bertentangan dengan gua tu) dan Nur Syafikah(takda dalam gambar) sebab koranglah yang rajin perbetulkan balik bacaan-bacaan dari buku2 yang sekarang kalau ingat rasa macam koma sebulan rasanya. Dan thanks pada seluruh rakan kelas walaupun masa last payper haritu korang tak keluar(kecuali sorang) dan korang dengar cakap gua untuk tunggu dan makan together-together and selfie sesama(walau hakikatnya tak) . Thanks.. korang dah aku anggap macam adik-beradik sendiri. Hahahhaahahahha....Apa yang aku mengarut ni. BTW, aku doa korang berjaya dalam apa jua yang korang ceburi and InsyaAllah gua ada harapan dengan Haha. Okay tak lawak. Serious kalau kau(Haha) baca mohon jangan gelak kang aku tembak senapang gajah baru tahu. Eh? Tetiba je. Okay.


Assalamualaikum. :') See ya!

Saturday, March 2, 2013

Stokin koyak...

No comments:
Assalamualaikum korang :'D.. yeah i'm know, dah pagi kan? heehehhe tapi wani still semangat nak story dengan korang pasal petang tadi masa kawad.. mihmihmih...


  Pagi semalam *sabtu*, wani bangun pagi-pagi nak pergi sekolah. Dalam kalut sebab dah lewat, wani terus ambik stokin satu pasang ni, walaupun tahu yang stokin tu koyak bahagian tumit. Tapi nak buat macam-mana dah lewat, right? Then bila sampai sekolah tu, nothing happen masa kawad but suddenly bila masa kawad sebelum balik, semuaorang dalam keadaan yang sangat bebal+marah+hangat tahap duduk tepi oven tunggu ayam golek masak. Dengan muka yang merah terus ja kawad walaupun dalam hati rasa macam nak maki ja staf2 askar tu, tapi rilek chilll... HEHHEHEH.. dalam panas-panas kawad, srakkk..kawad belakang wani terpijak kasut sekolah lantas kasut ku seperti tidak memakainya lagi...

  Huishhh.... kalau orang iman tepis gerenti maki berapi, yelah tengah panas+ dahaga +lapar+rasa nak pengsan semua lah rasa time tu. Bila dah habis kawad wani suruh skuadleader bagi arahan untuk rehatkan diri, kebetulan pulak staf2 tu bagi keluar baris. Haaa apalagi cepat-cepat pakai kasut. Dan time tu memang terserlahlah tumitku..tsktsskkk T_T rasa nak nangis ja sebab malu. Nasib semua member ok heheheh.. kalau tak balik tutup mukalah eden..mihmihmih...

P?S: stokin pink atas tu bukan saya punya tapi sebab suka bedal jelah letak. Karang wani letak stokin wani yng koyak tu, pengsan pulak korang yang nengoknya.. bhhahahahah XD.. wasalam :)

Saturday, June 2, 2012

♥ ♥◕ ‿ ◕ # SAYA DAH BALIK!!! # ◕ ‿ ◕ ♥ ♥

2 comments:
Assalamualaikum... w.b.t..dan salam sejahtera kepada pembaca blogger sekalian..
            *skema gilewww ayat aq dohh!!*
pertama kali aq nak cakap yang aq memang x tahu nak update apa kat blog skema aq nie..
sebab tiap kali aq buka dashboard blog aq mesti aq tengok banyak blogger dok update kat blog diorang..
kenkadang tu ada lima, enam kali jugak la aq tengok dia dok update..
rasa iri hati pon terasa...bukan apa..
apa gunanya ada blog tapi tak ber-update kannn??
so aq decide nak update hari nie..
kebetulan pulak aq tak buat apa....almaklum lahh cuti sekolah baru bermula kemarin..

jangan hairan kenapa aq baru cuti kemarin/semalam...
bagi sapa yang friends dengan aq kat fesbuku mesti tahukan..
tapi yang tak tahu tu mehhh tengok satu rangkap ayat sedih kat bawah nie.... :P


haaa....dah tengok dah... sedih tak...sedih tak??
wakkakakak... (Y)
tapi betul kot.. aq stay kat kem 2 Batalion Ubat at Sungai Petani belakang Tesco..
8 hari kot... semua nie sebab PKBM..bytheway muka aq dah burn... :)
ahhahahaha... alhamdullialah SMK Dulang dapat balik 2 kemenangan..
1> Tempat Ketiga Kawad Kaki Lelaki
2> Tempat Pertama Pandu Arah Perempuan
yang lain taknak bagi tahu...heheheh

so nak pendekkan cerita sepanjang aq duduk kat sana.. almost everyday i must kawad kaki..
yelaa nak masuk kem mesti la berkawad mana boleh masuk melenggang mak jemah.. nanti x dapat masuk 
dalam kem...kena marah pulak..kan susah... tapi apa-apa pun aq seronok sangat berada kat sana..
banyak Senior-senior budak lelaki nak keluar dah tahun depan sebab habis sekolah..
sebab tu sarjan cakap...

"Hangpa, budak form 5 yang nak berambus tahun depan. Jangan keluar macam tu saja, faham.
Hangpa pi bertapa kat gua mana-mana, pi turunkan ilmu hangpa tu kat adik-adik hangpa
ni faham!" SARJAN HASSAN.

budak-budak sekolah menengah kebangsaan talam...aihhh silap...
sekolah menengah kebangsaan dulang pun menjawab...

"Faham, Jan!!!"

hahahah lawak kan... sakit perut kot...huhuhu...
bytheway...pkbm untuk tahun dah habis dah perjuangan kami semua..
untuk budak pkbm...next year jumpa lagi...
sobbbsoobbbss..... ^_^