Sunday, November 25, 2012

Kebiasaan yang terlalu biasa...

     Salam.... Sweeties!! ^__^


" That I just want you to know... I found a reason for me... To change who I use to be..." The Reason by HOOBASTANK...

Habis keluar anak tekak wanie nyanyi lagu tu..hahhaahh... by the way lagu tu memang best dan tangkap leleh habis lah kot... rasa macam nak nyanyi kat pakwe kita jew... cehhh.. *tetiba jeww* serious lagu ada maksud tersirat disebalik tersurat..errr..betul ke tak ni?... lantaklah....hahahah...

  Sudah menjadi kebiasaan wanie selalu bila time cuti akan tidur lewat.. makanya kalau dah tidur lewat mestilah bangun pun lewat ye tak... SALAH! sama sekali salah... dulu memang wani ada la buat macam tu.. taklama.. after kena macam ni...

Dihari yang hening panas....

 Pang..pang...pang..pang!!!

MAK: Adik bangun cepat! Dah tengah hari ni!! Orang lain dah pi jalan merata dah, hang dok dalam 
           bilik mengeruh lagi!

Me: Hahhh... mak! Adik bangun ni...

Itu oklah.. tapi ada satu hari tu mak wani dah tak tahan.. dia sekali berleter tak henti naik bernanah mendengarnya... dalam hati kuat dok kutuk sendiri... tulah cari pasal lagi.. ambek kau!

 So disebabkan tu.. wani sejak beberapa minggu ni tak tidur dari pagi-pagi buta sampai tengahari.. after solat zohor.. mata dah laluk dah.. tak boleh jadi.. kena lepas gian tidur jugak... terus tidur ... dekat setengah jam lagi nak magrib baru la mak kejut.. bangun je terus gi bilik mak sembahyang asar... dan tengok tv lepas tu bila orang dengar orang azan solat magrib.. terus lari masuk ke bilik mak.. get ready nak sembahyang magrib.. padahal dalam hati dok pasang niat dah..."Abih sembahyang terus sambung tido!"... begitulah hari berikutnya.. pastu tengah-tengah pagi dalam around pukul 3 bangun.. huhhh keliaaa... mata dah mula cergas...

  Ada sekali tu... mak wani ada kejutkan wani.. bangun sebab dah nak magrib... wani yang time tu tengah mamun time tu.. terus pi bilik mak.... kononnya nak sembahyang magrib la kan... tengok jam dalam bilik mak.. disebabkan wani ni ada masalah rabun dan taksuka pakai cermin mata sebab rimas.. selalu jugak tersilap baca atau tengok untuk sekali imbas.. contoh macam wani tengok jam kat dinding bilik mak.. tengok pukul 7:30 malam.. so apa lagi get readyla nak sembahyang magrib.. habis ja sembahyang.. keluar-keluar tengok tv.. sebab nak tunggu sembahyang isyak la katakan... tengok jam sekali imbas... "Ohhhh.. baru pukul 6;45 petang"... terangguk-angguk kepalaku ketika itu... mula-mula memang tak perasaan...

 Lepas apalagi histeria la!... gelak sorang-sorang macam orang tak betul... dalam hati Tuhan ja tau... betapa cerdiknya aku... omoooo.!!!!

 Lol kan?.... silala gelak ye.... hahahah... like yesterday wani buat macam tu jugak mak wani kejutkan macam biasa sembahyang magrib... dalam hati terbakar je sebab dengar mak berleter..hahhaha... habis sembahyang terus sambung tidur... mata time tu memang berat giler la baq hang... dah la tido tak sampai dua jam... pastu bangun terkejut... huhhh cuka ekau pikir apa yang terjadi kepada diriku tika dan saat itu.. *ewahhh kauwani*  Yesss... PENING+ MATA MERAH+ SAKIT KEPALA macam baru kena ketuk dengan tukul kau tau tak... abis sembahyang magrib terus tidur...

 Seperti selalu mak wani memang takboleh tengok la wanie tidur terbonkang ... mak mesti je nak kacau.. Dalam hati tertanya apa salah ku mak...hhahahah buat muka kesian please....XD... mak wanie suruh bangun .. mak cakap buat la aktiviti berfaedah... asyik tido jew... Nampak sangat mak jelly hahahha... almaklum lah... rumah 4 orang je... yang seorang dah gi belajar kat perlis.. yang tengah pulak exam STPM... dalam dok exam pun tak insaf nak baca buku...dok rumah tak melekat... bila wani tegur dia kelmarin nak tahu dia cakap apa??.. haaa moh la tengok....bawah ye

Le' Me: Ishhh... cuba lak hang tu dok rumah baca buku....ni tak asyik keluar je... nak nampak 
              batang hidung pun 5 tahun sekali... *mata still terarah ke pc tengok fb*

Le' BigBro: Hang tu la nak jumpa pun susah... cakap orang pulak...*tanpa perasaan.. tangan masih
                     tekun tekan mesej dengan girlpren dia*

Le' Me:  @_@ *tersembur ke pc*

 Geramkan...hahhaha well salah wani jugak.. emmm biarlah... tutup pasal tu.. after terjaga dari tidur wani terus cuci muka.. dan tak hiraukan mak yang time tu dok kusyuk tv.. cerita apa pun tak tau.. niat dihati nak baca novel yang kawan kasi pinjam hari sabtu hari tu... believe me or not... taksampai 5 minit baca novel wani rasa macam mengatuk je...macam tahu-tahu aje mak wani terus panggil suruh lepak kat ruang tamu... wani terus cakap yang wani nak baca novel... mak macam tau-tau je wani kelentong dia... hahhaha... mak wani boleh suruh wani baca novel kat ruang tamu... sebab wani memang time tu nak tidur.. tapi tak jadi.. sebab mak cakap macam tu... nak taknak kena la keluar tunjuk muka cekodok ni..hahhaha...

 Disebabkan tu lahh... wani tak boleh tidur sampai sekarang ..around pukul 3 wani bukak pc dan tulis sesuatu kat Microsoft word... ingat nak cari idea nak habis novel yang kawan ni bagi ... tapi takboleh sebab permintaan kawan tu tersangat lah pelik... mana taknya... dia boleh mintak hero dan heroin cerita dia tu akhir sekali mati.. GILA!... tapi bila wani teringat balik... novel yang kawan wanie tulis tu memang lawak walaupun sikit tapi boleh buat orang sakit perut+ nak lompat macam orang gila dan macam-macam lagi...hahahaha...  tapi entahlah wani rasa macam takboleh je penuhi permintaan kawan wani tu... sedih tau bila kena tamatkan kedua-dua watak penting tu mati dalam eksiden.. kejam tau...shrekkkkk

 Jadi dengan itu berhenti menulis seketika novel tu... dalam hati*tahun depanla aku start tulis novel kau hahahah*  XD so korang teringin nak baca tak sikit novel ni..hahah kalau korang baca dari mula gerenti korang boleh agak penulis dia macam mana.hahhahaa....



       Selepas waktu rehat semua pelajar masuk ke kelas masing-masing. Tapi Aqilah masih berlegar-legar lagi di koridor sambil memegang rotan yang dipinjam dari guru disiplin. Selepas puas dia berlegar-legar mencari pelajar yang ponteng kelas dia ambil keputusan untuk masuk kelas. Semasa dia memberi salam ketika masuk kelas semua mata memandangnya, dia buat blur je. Cikgu baru yang ganti cikgu yang pindah turut memandangnye.

“Apasal semua pandang aku? Dah lama hidup ke?” pantas cikgu baru tu memotong percakapannya.

“Kau pikir kau siapa? Sesuka hati je masuk kelas lambat, aku nie cikgu kau. Kau patut hormat kat aku sebagai cikgu kau, tapi aku minat la dengan suara unik kau”seloroh cikgu baru tersebut.

 “Amboi suka-suka je mengata kat saye, saye nie ketua pengawas sebab tu la kena masuk lewat dalam kelas. Ini memang peraturan sekolah, pengetua yang buat peraturan cikgu pergi la marah pengetua”marah Aqilah pada cikgu baru tersebut. Cikgu baru tersebut memperkenalkan nama dia pada semua pelajar.

“Nama Cikgu Hazam, berumur 23 tahun. Masih bujang lagi kalau nak jadi bini cikgu pun cikgu tak kisah”gurau cikgu Hazam. Semua pelajar perempuan tersenyum gedik kecuali Aqilah, dia hanya buat mimik muka orang nak termuntah je.

“Apasal kau nie? Orang lain senyum je yang kau buat muka nak termuntah tu apasal? Kalau nak termuntah pergi la tandas”marah cikgu Hazam dengan sikap Aqilah sorang tu.

“Saye saje je, yang cikgu moody sangat nie kenapa?”bidas  Aqilah dengan perasaan geram yang dah  mula bertapak dalam hati.

“Memang betoi la dengan apa yang junior cakap, cikgu nie memang mulut celupar mengalahkan minah murai”kata Aqilah dalam hati.

“Aqilah, waktu balik nanti kau datang bilik guru lelaki, cikgu nak jumpa kamu” kata cikgu Hazam sambil matanya merenung wajah Aqilah. Aqilah hanya menggangguk tanda dia akan kesana semasa waktu pulang nanti sambil membalas renungan mata cikgu Hazam dengan jelingan maut.

“Cikgu nie memang nak kena belasah dengan aku kot, siap kau kalau kau sentuh aku nanti. Tengok muka pun dah tau aura miang cikgu nie hahaha” ketawa Aqilah dalam hati.

P/s: jangan bagitau kawan aku tu yeww yang aku post novel dia kat sini.. nanti takpasal dia sekeh aku..
       hahhaha ...serius tak takut! cubit sekali menjerit macam histeria...ahhahah XD

No comments: