Thursday, April 18, 2013

Makanan yang berkaitan dengan Khinzir..

Assalamualaikum... :D

Sejak dua menjak tiga menjak ni.. wani suka baca novel yang berkaitan islamik tapi still sempoi cara penulis ingin mensampaikan mesej.. Macam, 'Amir Minah Macho' karya Ummu Wafa. Mula-mula beli, ingatkan novel tu gila-gila tahap gaban, tapi bila diteliti isinya banyak terdapat unsur-unsur islamik didalamnya. Alhamdullilah.. takdalah part-part yang tak berkenan tu.. Kihkihkih... :P.. Dan dalam novel tu ada cakap sikit mengenai makanan halal. Jadi wani nak share sikit mengenai nama-nama saintifik untuk khinzir didalam makanan..



1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi.
sekian.. wahhualam..

3 comments:

cik amal said...

tengs for the info :)
amal pernah tgk kt fb, tapi kalau nk ingt nama2 tu, mmg x laa... amal pelupa sikit

A L I A said...

random blogwalking. :D
sangat informatif! hehe
heard of pig (of course!), pork, ham, boar, bacon. tapi yang lain tu, first time baru dengar!
wah.. thanks for sharing the info!

♥WanieyZuki♥ said...

cik amal and A L I A sama-sama :')..