Sunday, December 30, 2012

After PMR...

Salam alaykum warahmatullahi wabarakatuh... :)


  "Apa nengok-nengok?! Nak ni ke?!" hahahahah XD

 Seperti biasa budak lepas PMR diberi pilihan untuk memilih kelas untuk diduduki untuk tahun depan, right? Yes, wani merupakan salah seorang daripadanya. HEheeheh.. bila teringat balik, masa first-first naik ke tingkatan 3, dalam hati dok target next year nak masuk kelas 4 Sains Kejuruteraan. Tapi bila dipertengahan tahun terus tukar ke Sains Sukan pulak. Iyelahhh.. waktu mula-mula pikir nak ikut kawan je, still tak matang lagi nak buat keputusan. Tapi akhirnya ku sedari.. bahawa, untuk memasuki kelas Sains Kejuruteraan, anda haruslah memiliki keputusan didalam sains dan math, at least C didalam kedua-duanya.

  Bila tengok result percubaan..perghhhh HANCURRRR!! Sebab wani memang lemah dengan Math iyelahhh, ko kena ingat banyak formula-formula dia, yang sampai kekadang rasa nak hentak je kepala ni kat meja.. HAHHAHAH.. please adek-adek, don't try this at your school! XD Tapi kalau Sains alhamdullillah..sebab wani dapat cikgu yang sangat membantu dalam subjek tersebut. Serious, kalau takda cikgu Sains tu merangkap guru kelas wani, agaknya wani tak berjaya hari ni.. HEHHEHE.. Korang nak tahu wani dapat berapa masa percubaan dalam SAINS??
  Ok.. masa percubaan I'm just only got D for Sains. Sososbbsosb... Waktu tu rasa frust menongeng kau tau! Dah la soalan percubaan susah tahap bapak dewa kampung sebelah, memang menguji tahap kecergasan minda ku tika dan saat itu.. *cehhwaahh..ayat kau jahhh! XD* Tapi alhamdullilah, cikgu Sains tetap terus menyokong wani. Cikgu siap cakap.."Cikgu.. yakin kamu boleh buat yang terbaik masa periksa yang sebenar ni" Hehehe.. macam tulah lebih kurangnya. Tapi akhirnya.. berkat restu Encik MOHD ZUKI dan Puan Rosinah *maknganayah aku daaaa* dan tak lupa semua cikgu sains yang mengajar dari form 1- form 3.. sososbosbso.. akhirnya aku dapat keputusan B dalam sains.. alhamdullilah... TERIMA KASIH YA ALLAH :') *tears*

  Bekernaan dengan Math pulak.. memang wani akui betul-betul yang wani selalu ponteng kelas cikgu Math. Motif?? Tak paham apa yang cikgu ajar. Masa tu tak fikir sangat yang nak belajar betul-betul, sampailah result percubaan keluar. Wani dari mula syak dah yang wani mesti gagal sebab wani banyak takjawab soalan kat Paper 2.. dan ya I'll got E dalam Math.. Sedih??.. Ofcoslahh.. sapa tak sedihkan.. bila dapat keputusan tu. Yelahhh.. even orang yang duduk kelas yang hujung sekali pun ada cita-cita nak dapat 8 A's, apatah lagi wani ye dakk??.. Tapi wani tak give up, wani start dari dua bulan sebelum wani cuba beri sepenuh perhatian kepada mata pelajaran Math, tapi still tak jalan. Dan akhirnya wani biarkan ia berlalu macam tu je... Wani cuma belajar Math sometime bila wani nak..

  Hari berlalu pantas... PMR semakin dekat dalam 2 minggu tu cikgu buat kelas mata pelajaran yang penting saja yang ada dalam PMR. Means.. no SENI.. no Muzik and another yang tak important dalam senarai PMR. Dalam masa tu wani start revise Math and another subject also. Wani start tengok TUTOR TV PMR kat tv sometimes tapi mostly wani tengok terus kat website. Yeahh.. website TUTOR TV PMR tu sangat membantu dalam wani nak buat revise atau latihan sangatlah best! Dan wani sangat mengalakkan kepada semua yang nak ambil peperiksaan besar taklam lagi boleh tengok ye! Tak kira korang nak UPSR ke, PMR ke atau SPM semua ada.. Korang just tulis kat google TUTOR TV _____ tempat kosong tu boleh korang isikan dengan exam yang korang nak duduki.. :)

  Dan masa nak exam math tu wani tidur berapa jam kalau nak dibandingkan dengan hari-hari biasa. Seawal jam 3 pagi macam tu wani bangun dan buat revise dan buat latihan sikit mengenai Math yang form 1 dengan 2.. Dan alhamdullilah.. bila exam tu wani boleh jawab semua soalan.. Thank ALLAH once again! :") Akhirnya bila result keluar, benda yang pertama wani tengok kat slip keputusan ialah MATH.. Alhamdullilah.. math wani dapat C .. Thank Allah.. tak sia-sia wani berusaha selama ini, dan sememangnya berpadanan dengan usaha yang selama ini wani lakukan.. =)

  Conclusion??
Wahhh..kau macam soalan sains pulakkan??..XD HHAHAHA.. Akhir kata selagi kita berusaha selagi itu kita akan memprolehi keputusannya yang cemerlang. Pedulikan dengan pencapaian orang lain, sebaliknya ambilkan diorang tu sebagai pencentus keinginan kepada cita-cita korang. Insyaallah.. satu hari nanti kita pun akan jadi macam diorang jugak! :D.. Dan jangan sesekali kita janganlah merasakan tidak berpuas hati dengan apa yang kita dapat.. Kerana Allah S.W.T lebih tahu dari kita, apa yang terbaik untuk kita, right? :D Wani pernah dengar ceramah dari radio *i have forget who is spoke about like that :P* Encik tu ada cakap "Tak semestinya kita takdapat 5 A's dalam UPSR kita akan susah nanti. No.. sebaiknya jika kita terus berusaha lagi tanpa henti, mana tahu masa SPM atau PMR kita dapat straight's A's, right? Lagi pun Allah S.W.T. lagi maha mengetahui dari kita insan-insan yang lemah ni. Dan perancangannya adalah lebih baik dari beribu perancangan manusia dimuka bumi ini" =)

  So, kelas mana yang dipilih?
Hehhehe.. wani dengan happynya nak bagitahu yang wani nak ambik balek apa yang wani nak masa mula-mula form3, iaitu 4 SAINS KEJURUTERAAN!!.. Yeahhh... oklah, hari selasa ni dah mula sekolah. So, wani nak bagitau awal-awal yang wani mungkin akan jarang update lepas ni, yelah wani ingat nak pergi kelas tambahan untuk Math, bukan apa takut nanti blur bila cikgu tanya soalan itu..ini.. So, better wani ambik langkah berjaga-jaga awal, right? =) Tapi wani akan try update seminggu sekali, bergantung jugak dengan aktiviti sekolah. Oklah.. bye semua.. Assalamualaikum.. :)

2 comments:

Yasmin Aris said...

kite pon sgtlah benci math .
tak penah2 nak lulus.

tapi actually bile kite struggle, mende yg susah pon boleh jd senang kan :)
Gudluck ye wani .

Wani Mohd Zuki said...

Hmm.. betul tu Yasmin, also goodluck for you too! Takkisah dalam apa-apa pun =D